Pages

Selasa, 17 Julai 2012

Terengganu Hebat!



Terengganu meraih 62 pingat emas, 24 pingat perak dan 31 pingat gangsa sekali gus menobatkan negeri penyu ini sebagai juara Sukan Malaysia 2012 di Kuantan, Pahang. Kejuaraan Terengganu Darul Iman ini merupakan kejuaraan kali ke-4 yang berturut turut. Tahniah Terengganu!



Kejuaraan Terengganu untuk kali ke-4 berturut-turut di Sukan Malaysia ini membuktikan bahawa kemajuan sesebuah negeri mahupun populasi sesebuah negeri bukanlah pemangkin untuk bergelar juara. Jika dilihat daripada segi kemajuan, Terengganu tidaklah semaju Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Penang, Melaka mahupun Perak tapi jelas Terengganu mampu menewaskan negeri2 maju lain yang mampu menyediakan fasiliti sukan yang bertaraf international jika dibandingkan dengan negeri Terengganu.



Jika dilihat daripada sudut populasi penduduk pula, berdasarkan banci penduduk 2010, Terengganu hanyalah mempunyai populasi seramai 1,037,977 iaitu negeri ke-11 dalam senarai kepadatan penduduk. Walaubagaimanapun, Terengganu dapat membuktikan bahawa walaupun populasi penduduknya tidaklah seramai Selangor dan 9 lagi negeri yang mempunyai populasi melebihi negeri Terengganu, tetapi kejayaan tetap berjaya diukir.



Kejayaan Terengganu ini juga semestinyalah dapat menjadi perangsang untuk atlit2 Malaysia untuk menentang negara2 gergasi di dunia di pentas sukan antarabangsa. Walaupun Malaysia masih membangun, walaupun populasi Malaysia hanyalah 28 juta orang,walaupun Malaysia taklah besar mana, tapi tiada apa pun yang mustahil kerana Malaysia Boleh!




Psssssstttttttt : Tahniah juga diucapkan kepada Dato Fazley yang telah berjaya menjuarai MasterChef Selebriti musim pertama segali gus berjaya menyumbangkan dana sebanyak RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia.




Sabtu, 7 Julai 2012

Salah ke Jalan Lambat? Memang Salah Pun!



Kalau cakap bab berjalan ni, budaya orang Malaysia sendiri memang tak dinafikan yang majoritinya suka jalan lambat.. Jalan pun belenggang-lenggang kangkung, terhegeh-hegeh walaupun keadaan tengah genting or cemas.. Tahu tak, bila kita jalan lambat, secara tak langsung ia akan bagi impak negatif kat otak kita?



Kadang2 ada orang yang cuba kaitkan kepantasan berjalan dengan kemajuan sesebuah Negara. Ada yang cakap, masyarakat yang jalan pantas akan melahirkan Negara yang maju dan masyarakat yang jalan lambat akan melahirkan Negara yang kurang maju. Betul ke?



Tapikan, ada rasional or betoi jugak dengan cakap2 orang tu.. Cuba kita tengok masyarakat Jepun and masyarakat Eropah jalan macam mana and cuba tengok pulak kemajuan Negara depa macam mana.. Mungkin ampa tertanya-tanya kan, kenapa jalan lambat and jalan laju boleh bagi effect kat otak and apa kaitan masyarakat yang jalan laju dengan kemajuan Negara depa?



Haaaa, meh sini aku nak explain tentang keburukan jalan lambat ni.. Sebuah penyelidikan yang telah diadakan di Boston Medical Centre telah menemukan risiko penyakit dementia dengan jalan lambat. Dementia? Apa tu? Dementia tu sebenarnya sejenis penyakit di mana penghidap penyakit tersebut tidak dapat berfikir dengan baik dan tidak dapat beraktiviti dengan baik. So, bila dah tak boleh nak berfikir dengan baik, depa ni akan hilang kemampuan untuk selesaikan permasalahan and mudah beremosi.



Mengikut kajian tu jugak, orang yang berjalan lambat ni berisiko mengalami penurunan daya ingatan lebih teruk pada masa hadapan berbanding dengan orang yang jalan pantas. Langkah kaki kita sebenarnya boleh memberi petunjuk visual yang berhubungan dengan kondisi kesihatan kognitif. Sementara dementia merupakan penurunan fungsi yang disebabkan oleh kelainan yang terjadi pada otak.



Fakta lain jugak menunjukkan bahawa kalau kita berjalan selama 30 minit setiap hari dengan dengan kepantasan sederhana hingga laju dapat meningkatkan mood, membakar kalori, dan menurunkan tekanan.. Kalau mood dah ada, tekanan dah kurang, dapat berfikir dengan baik, tentulah jugak kita dapat mentadbir Negara dengan baik.. Bila Negara dah ditadbir dengan baik, maka maju la Negara tersebut.. So, Jom Jalan Pantas!





Psssssttttt : PAS nak buat hudud, UMNO nak buat hudud.. Bagus! Tapi jangan cakap2 kosong je.. Buktikan ye.. Bagi pihak aku sendiri, aku SOKONG.. Salam Sabtu.. ;)



Ahad, 1 Julai 2012

On Air Musim Pertama Terbitan Astro Tamat



Bagi yang tidak tahu, On Air merupakan sebuah program realiti tv terbitan Astro Ria untuk mencari pengacara pelapis yang serba boleh untuk mengacara program2 tv kelolaan Astro. On Air musim pertama telah melabuhkan tirainya pada jam 2 petang bertarikh 1 Julai dengan menyaksikan 4 peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir iaitu Hafizul Kamal, Hefny Sahad, Hassanal Bolqiah dan Harleena Pahlavy.



Juara On Air musim pertama berjaya diraih oleh Hafizul Kamal yang berjaya merangkul wang tunai RM20000, barangan eletrik bernilai RM5000, sebuah kereta Toyota Rush, dan berpeluang mengacara sebuah rancangan sendiri di Astro. Bagi aku, kemenangan Hafizul ni memang dah dapat dijangka apabila berjaya mengacara dengan baik dalam pengucapan awam secara spontan pada peringkat akhir.. Dia berjaya mengeluarkan fakta2 disamping menyelitkan sedikit jenaka. Cara pengacaraan dia pun bersahaja dan pandai main dengan kata2.. He deserves to win.. :)



Naib Juara On Air musim pertama pulak berjaya menjadi milik Hefny Sahad di mana dia membawa pulang wang tunai RM15000 serta barangan elektrik bernilai RM2000. Walaupun 2 minggu berturut turut Hefny Sahad berjaya muncul sebagai perantis terbaik dalam On Air tapi pada peringkat akhir, corak persembahan Hefny kelihatan sedikit hambar jika nak dibandingkan dengan Hafizul. Hefny mempunyai intonasi suara yang sedap tapi pergerakan yang terlalu over membuatkan penonton macam aku ni jadi pening.. Sat pi sana, sat pi sini. Apa2 pun, he did good job.. :)



Tempat ke-3 untuk On Air musim pertama ini jatuh kepada Mohd Hassanal Bolqiah yang berasal dari Bukit Mertajam, Penang. Dia berjaya membawa pulang wang tunai RM10000 serta barangan elektrik bernilai RM1500. Pada peringkat akhir, persembahan Hassanal tampak agak mengelirukan sebab pada mulanya aku rasa keliru tentang penceritaan yang cuba dia nak sampaikan.. Tapi time nak habis baru mesej berjaya disampaikan. Persembahan dia mungkin akan kelihatan menarik kalau ada isi yang lebih kukuh dalam penceritaan dia. Btw, good try Hassanal.. :)



Tempat Ke-4 pulak semestinyalah menjadi milik Harleena Pahlavy dimana dia tetap jugak membawa pulang wang tunai RM5000 serta barangan elektrik bernilai RM1000. Kecundangan Harleena ke atas ketiga-tiga jejaka ini pada peringkat akhir memang telah dapat diramalkan apabila Harleena sedikit hilang fokus serta hilang kata2 untuk diucapkan mungkin kerana proses terjemahan yang terpaksa dia buat. Cerita yang disampaikan oleh Harleena jugak macam sedikit merapu. Walaubagaimanapun, dia telah lakukan yang sebaik mungkin. Tahniah!



Okay, komen aku pada produksi rancangan ON AIR ni, bagi aku publisiti untuk rancangan ni amatlah mendukacitakan sekali di mana para penonton langsung tak dikhabarkan mengenai bila acara final berlansung dan bahkan waktu siaran pun tiba2 bertukar tanpa sebarang pemberitahuan. Kadang2 rasa macam rancangan On Air ni seperti dianak tirikan oleh Astro sendiri di mana waktu siaran On Air pada mulanya pada pukul 10 malam iaitu waktu perdana tapi tup tup dihalau ke waktu siaran pada pukul 2 petang. Bagi aku, On Air mampu menjadi sebuah program yang hebat seperti MasterChef Selebriti mahupun Akademi Fantasia Cuma produksi rancangan On Air ni kenala kerja keras sikit. Bayangkan kalau Page Facebook On Air sendiri pun tidak beri info sangat mengenai program On Air tapi dok sibuk beri publisiti untuk program yang lain. Sayang rasanya apabila sebuah program yang hebat tapi publisiti serta sambutan hanya suam suam kuku sahaja.

Salam 1st July.. ;)






Psssssttttttttt : Suka sangat chatting dengan peserta2 On Air kat Facebook.. Depa tak sombong.. Setakat ni yang aku selalu dok chatting ialah dengan Norsiah, Hafizuddin, Azfar, Malissa and Natrah… Jangan jelessssssss.. :p