Pages

Sabtu, 12 Mei 2012

Review 3 Blogger

Selalunya aku ni dok review movie and blog je kan.. Okay hari ni aku nak review pasai blogger pulak.. Tapi ini mengenai blogger yang aku kenai kat dunia blog dan dah berjaya jumpa di dunia realiti.. Depa adalah Daniel Adie, Zuwairi and Afizz Hafiz..





Bila cakap pasai Daniel Adie ni, confirm ramai yang kenai kan.. Blogger famous tuu.. Rajin masuk majalah.. Aku jumpa dengan Daniel Adie ni pada akhir bulan lepas iaitu bertarikh 27/4.. Alhamdulillah, berkesempatan jugak jumpa dengan blogger selebriti ni sebab dia ada urusan kerja kat Politeknik Seberang Perai selama sebulan. So, memandangkan Adie free 27/4 and aku pun free time tu, so aku pun datang PSP untuk ambil Adie keluar hangout. First, kami lepak Jusco Bandar Perda sementara tunggu kawan2 Adie dari Sintok and time tu agak seram sejuk jugakla sebab siren Jusco bebunyi tak henti2 and orang dok berpusu pusu keluar.. Jusco terbakar! Tapi takla serius sangat.. Okay sambung pasai Adie.. Erm, masa kat Jusco tu, kawan baik adie iaitu Achik adala bisik something kat telinga Adie and time tu aku nampak mata Adie macam berlinangan and dia cepat2 lari masuk toilet.. Tapi apa yang aku salute dengan Adie ni sebab dia pandai control emosi dia.. Selalunya orang kalau dah sedih, then depa macam tak besemangat nak buat apa2 pun time tu tapi Adie walaupun dia sedih tapi lepas dia keluar dari toilet jer, dia dah nampak happy. Die memang profesional! Itu yang aku salute..


Lepas pi Jusco, kami lepak pulak kat Perangin Mall, 1st Avenue and Queensbay Mall.. Sepanjang dalam mall semua tu, aku dapat describe yang Adie ni memang sporting and kalau jadi bapak, dia akan jadi bapak yang penyayang sebab walaupun banyak kali aku buat silap, dia tetap akan cakap, takpe.. And apa yang penting, time dia kata takpe tu, mimik muka dia langsung tak nampak marah ke bengang ke tension ke ngan aku.. Muka dia nampak cool jer.. Time dekat Perangin Mall, aku memang saja2 nak uji dia, time nak keluar dari Perangin Mall tu, aku saja bawak situlah, sinilah, turunlah, naiklah kononnya aku ni lupa jalan nak keluar.. Then aku mintak maaf kat Adie and sepertia biasa dia cakap takpe and muka dia cool jer.. Satu lagi, Adie ni memang pandai jaga hati orang.. Tak rugi kalau kenai dengan Daniel Adie..




Okay, ini pulak mengenai Zuwairi.. Seorang pensyarah di UUM. . Aku jumpa dengan blogger Zuwairi ni memang secara kebetulan sangat2 tanpa dirancang.. Aku jumpa Zuwairi ni pun bertarikh 27/4 jugak.. Lokasi semua sama macam dengan Daniel Adie.. Mesti ampa semua tertanya tanya kan macam mana aku boleh jumpa Zuwairi ni.. Actually, kawan baik Adie iaitu Achik nak join jugak hangout dengan Adie and on the same time, Zuwairi ni kawan baik si Achik tu and sebab tula Zuwairi pun boleh join sekali and sebab tu jugakla aku boleh jumpa dengan Zuwairi. Walaupun pertemuan dengan Zuwairi ni agak singkat tapi apa yang aku boleh describe mengenai blogger yang tinggi lampai ni ialah dia agak humble and respect orang.. Satu lagi, apa yang aku salute dengan Zuwairi ni ialah walaupun dia orang Perlis tapi dia hebat gila dengan selok belok tempat kat Penang.. Aku ni pun selalu jer sesat walaupun Penang takla besaq mana.. Cakap jer nak pegi mana, confirm dia sampai.. Kalau ampa perlukan khidmat tourist guide, aku rasa Zuwairi ni memang sesuai sangat2 sebab dia memang terer bab2 jalan ni and dia jugak memang terer and tau lokasi2 yang menarik. Apa2 pun, Zuwairi ni memang sempoilah..





Okay, blogger yang ketiga ni pulak ialah Afizz Hafiz.. Actually Afizz ni junior aku kat UiTM Merbok tapi tak pernah jumpa langsung and kenai pun kat blog jer.. Aku berkesempatan jumpa dengan dia pun pada 5/5 baru2 ni di mana dia ada mengundang aku untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak dia kat Yan, Kedah.. Afizz ni memang peramah gila.. Masa aku datang kenduri dia, dia layan aku dengan kawan aku jer selama 1 jam 30 minit.. Dia bawak masuk dalam rumahla, naik atas rumahla, lepak belakang rumahlaa.. Habis semua tetamu lain dia tak layan.. Dia layan kami jer.. Sumpah aku terharu gila, HAHA.. Kenduri rumah dia agak grand jugakla.. Kalau tak grand, mana mungkin Menteri Besar Kedah pun mai kenduri rumah dia kan.. Btw,MB Kedah tu sebenarnya paklong si Afizz ni.. Afizz ni memang sporting, happening and ada jer idea dia nak berceloteh.. Yang penting, dia tak sombong.. Seronok dapat jumpa dengan dia..





Jumaat, 27 April 2012

Hari Ini Hari Jumaat

Yeah! Hari ini hari jumaat dan Selamat Hari Jumaat kepada semua.. Actually, aku tak tau pasaipa hari ni tetiba perasaan aku macam2 ada.. sat gelisah, sat gembira, sat cemas, sat angau.. HUHU..



Okay, first sekali, hari ni aku rasa gelabah, gelisah, risau, bimbang, khuatir dan sewaktu dengannya sebab hari ni dah hari jumaat.. So, ini bermakna esok aku dah kena balik UiTM Kedah.. But the problem is, sepanjang cuti seminggu ni, aku langsung tak sentuh assignment aku.. Langsung tak baca buku.. Memang cuti seminggu ni aku memang merehatkan otak aku sungguh.. Mampuihla aku next week.. HUHU



Yang keduanya, entah pasaipa hari ni aku rasa macam gila bayang dan mungkin jugak gila meroyan, HAHA.. Semalam aku adala pi Maybank Bandar Perda atas urusan nak gantikan kad atm aku yang hilang.. Then aku tertarik and tergoda dengan seorang staf baru kat situ.. Memang taste aku, HAHA.. Sampai hari ni aku still terbayang muka dia, HUHU.. So, kepada sesiapa yang pi Maybank Bandar Perda dan ada ternampak seorang staf perempuan yang berkulit cerah, free hair, cantik dan bernama Mira, sila bagitau dia yang aku kirem salam naa.. Errrrkkkkk... HAHA



Yang ketiga pulak, aku rasa cemas and cuak jugak hari ni sebab satgi dalam pukul 3 macam tu, aku ada date ngan blogger terkena iaitu Daniel Adie.. Aku ada janji nak bawak dia jalan2 ronda Penang.. Tapi apa yang buat aku nervous ialah aku taktau sebenarnya nak bawak dia pi mana sebab almaklumlah aku ni tourist guide yang takdak tauliah, HAHA.. Then esok pulak aku ada date nak bawak cik Nurul Anisah pulak ronda2 Penang.. Memang aku ni tourist guide tak bertauliah yang menjadi rebutan, HAHA.. Btw, kalau kawan2 yang rapat dengan aku tau yang aku jadi tour guide, confirm depa gelak sampai muntah hijau sebab aku ni lebih dikenali sebagai seorang yang mudah lupa jalan and selalu suka sesat, HAHA..



Yang keempat pulak, aku rasa senang hati and gembira sebab tadi aku ada pi Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk memohon kebenaran nak interview depa pasai pentadbiran kewangan kat sana untuk subjek Local Government. Apa yang aku suka sebab depa semua betoi2 friendly, tak lokek dengan senyuman and banyak membantu.. Walaupun tadi aku agak geram sebab mula2 aku kena pergi tingkat 12, kemudian tingkat 14, kemudian tingkat 13, then tingkat 11 pulak.. Tapi kegeraman aku bertukar jadi happy sebab layanan yang depa bagi memang sempoi.. Aku sempat jugak tanya kat depa kot2 aku boleh praktikal kat sana sem depan.. Then depa cakap depa memang mengalu-alukan student buat praktikal kat sana sebab depa ada jabatan/unit untuk student2 yang praktikal.. Kalau tak salah jabatan tu kat tingkat 13..



Last sekali, thanks for reading.. Jaga diri.. Bye!




Pssssssttttttt : Hari ni seluruh pelajar diploma UiTM akan dapat result depa.. So, good luck naa.. :)



Rabu, 25 April 2012

Ramai Murtad Dalam Diam

Baru2 ni time aku online facebook, aku adala perasan satu application ni.. Alaaa, application yang selalu dok tanya soalan tu.. Contohnya macam kat bawah nii..





Tapi kan soalan yang lagi satu application tu lain.. soalan dia lebih kurang macam ni, “Adakah Anda Berbangga Menjadi Salah Seorang Penganut Agama Islam?”.. Jawapan yang disediakan hanya dua je iaitu YA ataupun TIDAK...



Time tu hati aku cakap yang confirm2la 100% yang akan jawab YA.. Then aku KLIK la yang jawab YA tu nak tengok berapa ramai.. Then yang jawab YA time tu lebih kurang 96%.. So maknanya ada 4% peratus yang jawab tidak.. 4% tu dalam 1000++ orang.. boleh tahan ramai jugak.. Tapi dalam hati aku time tu still cakap yang 4% tu maybe yang bukan islam..



So, untuk mendapatkan kepastian, aku KLIK la yang jawab TIDAK tu.. Saja nak usha siapa yang tak bangga jadi orang Islam tu.. Sumpah aku terkejut gila sebab majoritinya adalah bangsa Melayu.. Kalau sebut Melayu, confirmla Islam kan.. Bayangkan jumlahnya bukan sikit tapi 1000++.. Itu baru yang jawab secara terang terangan.. Macam mana pulak yang secara sorok2?



Betulla orang cakap, kadang2 orang muallaf yang baru masuk Islam lebih menghargai Islam berbanding orang yang sejak lahir lagi sudah jadi Islam ataupun dikenali sebagai Islam baka ni.. Apa2 pun, kita doakan semoga Allah teguhkan serta tingkatkan keimanan seluruh umat Islam terutamanya umat Islam kat Malaysia ni agar terus setia dengan Kalimah Syahadah..




Pssssttttt : Sorryla geng sebab aku tak sertakan LINK or PrintScreen pasai application tu.. Bukan apa, takut mengaibkan orang2 yang jawab TIDAK tu..