Pages

Jumaat, 20 Januari 2012

Hidup Hanya Untuk Peperiksaan?




Okay, sekarang selesai sudah aku menamatkan final exam untuk semester 3 Ijazah Sains Pentadbiran di UiTM. Dan sekarang ni sumpah aku akan mula terbayang-bayang kelibat hantu result final exam sebab aku tak berapa puas hati sangat dengan apa yang aku jawab. Apa2 pun, aku harap sangat supaya aku berjaya lulus and dapat skor semua subjek.



Ampa perasan something tak mengenai hidup kita sekarang ni? Kadang2 aku rasa macam kita hidup hanya untuk jawab peperiksaan saja. Bayangkan, sejak tadika lagi, kita dah dihidangkan dengan macam2 peperiksaan macam PTS, UPSR, PMR, SPM, STPM dan yang sewaktu dengannya.. Itu tak termasuk lagi dengan ujian memandu, ujian kelayakan jadi menantu, dan ujian kemandulan, Oppsss! HAHA.. Pada zaman sekarang ni, orang hanya mengukur kejayaan serta kepintaran seseorang tu hanya berdasarkan result peperiksaan. Siapa yang dapat result yang gempak, mesti dipuji tapi bagi siapa yang dapat result yang haprak, confirm kena keji.



Jadi, tak heranla kalau ada yang sanggup bunuh diri kalau gagal dalam peperiksaan sebab depa rasa macam dunia ini dah gelap untuk depa and tak guna lagi untuk hidup. Ada jugak yang sanggup meniru dalam peperiksaan. Ada jugak yang sanggup memberi rasuah kepada cikgu atau pensyarah yang memeriksa kerta peperiksaan. Itu tak termasuk lagi dengan segelintir pelajar yang sanggup menggadaikan maruah depa kat cikgu or pensyarah demi hanya untuk dapat “A”.



Nampak tak, hidup kita kat dunia ni hanya untuk peperiksaan saja kan? Kita sanggup buat apa saja demi untuk berjaya dalam peperiksaan. Tapi sebenarnya hidup kita di dunia ni memang hanya untuk peperiksaan pun. Selagi kita bernyawa, selagi itulah kita masih menjalani satu peperiksaan atau ujian dimana segala amalan kita akan di catat oleh pemeriksa di sebelah kiri dan kanan kita. Peperiksaan inilah yang akan menentukan sama ada kita berjaya atau tidak di akhirat kelak. Kalau berjaya, Syurga ganjaran yang akan kita dapat tapi kalau gagal, Nerakalah tempat kita.



Jadi jangan terlalu taksub sangat dengan peperiksaan duniawi, kalau kita gagal dalam SPM, kegagalan itu sebenarnya satu soalan dalam peperiksaan untuk Allah menguji hamba-hambaNya. Allah nak tengok macam mana kita jawab soalan yang Allah bagi tu.. adakah kita akan menjawab soalan tersebut dengan bunuh diri? Ataupun memaki hamun Allah? Ataupun mendekatkan diri lagi dengan Allah? Jawapan di minda ampa semua.. Assalammualaikum!



pssssstttttttttt : Selamat bercuti dan berhujung minggu kepada semua.. :)



Selasa, 3 Januari 2012

Majalah 3 Pencetus Fenomena



Assalammualaikum dan salam satu dunia.. Kini anda bersama saya Zwan Sabri iaitu pengacara Majalah 3 yang baru untuk tahun 2012 ini di mana saya akan mencetuskan sebuah lagi fenomena baru di Malaysia mahupun seantero dunia.. *PANG!.. Sekali kena penampaq dengan Nurul Syuhada daa.. HAHA..



Okay2, ampa semua ada perasan something tak? Hurrmm, apa yang aku perasan kan, apa2 saja yang disiarkan dalam Majalah 3, confirm akan jadi fenomena baru kat Malaysia ni. Contohnya macam sugar glider dengan basikal fixie.. Sebelum ni, majoriti daripada kita semua tak kenal pun apa itu sugar glider mahupun basikal fixie tapi hari ini sugar glider and basikal fixie terus menjadi kegilaan generasi muda..



Sebelum ni Majalah 3 ada siarkan tentang beberapa remaja yang bela sugar glider, lepas je daripada siaran tu, terus sugar glider jadi buruan ramai orang walaupun harga sugar glider yang dijual agak mahal. Kalau tak salah, paling murah seekor sugar glider pun berharga RM200.. Itu tak termasuk dengan kos penjagaan dan makanan sugar glider lagi yang dikhabarkan mencecah ratusan ringgit untuk setiap bulan.



Sebelum ini juga, basikal fixie pernah disiarkan dalam program Majalah 3 dan kemudiannya basikal fixie terus menjadi kegilaan para remaja walaupun basikal fixie ni tak ada brek dan walaupun ianya berharga RM500 dan ke atas.. Sekarang ni, kalau pi mana2 pun, mesti akan nampak ramai orang yang dok kayuh basikal fixie.. Ada yang siap buat konvoi lagi.. Remaja2 dalam kawasan kejiranan rumah aku pun semua dah ada basikal fixie sorang satu.. Dah jadi satu trend pulak..



Bukan setakat sugar glider dan basikal fixie yang disiarkan di Majalah 3 saja yang dapat mencetuskan sebuah fenomena baru kat Malaysia ni bahkan ada banyak lagi.. Kalau nak sebut satu persatu tu, memang tak terkira lah.. Jadi aku nak ucapkan TAHNIAH kepada Majalah 3 kerana berjaya bertahan sehingga hari ini dan berupaya menjadi sebuah program dokumentari yang berjaya mempengaruhi masyarakat Malaysia. Cuma satu jer cadangan aku kat Majalah 3, boleh tak lepas ni siarkan pulak mengenai ZWAN SABRI? Lepas ni, confirm ZWAN SABRI jadi satu fenomena baru.. Confirm ramai yang nak “memiliki” ZWAN SABRI.. Errrkkkkkkkkk, HAHA..




Psssttttttttt : Bermula pada minggu ini, ramai dikalangan pelajar2 ijazah di seluruh IPTA kat Malaysia akan menduduki final exam, jadi good luck and all the best ye.. Semoga kejayaan akan terus berada di samping kita semua.. Amin! ;)





Ahad, 1 Januari 2012

Drama 2012 Kini Bermula..

Gambar yang diambil daripada default pic facebook, HEHE..



Assalammualaikum! Kom apa? Kombat.. Bat apa? Batmen.. Men apa? Mentol.. Tol apa? Tolak.. Lak apa? Laksa.. Sa apa? Satu.. Tu apa? Tunang.. Nang apa? Nangka.. Ka apa? Kayu.. You apa? You all semua awesomelah! Sebab still sudi jenguk blog ni lagi walaupun dah berkurun tak update… Thanks! Sheharu niiyyhhh.. HEHE..



Hari ni dah 1/1/2012 kan? kan? Okay, dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU and Jangan buat anak ye (kecuali yang dah kawen).. Kalau yang dah terbuat anak tu, bertaubatlah and jangan nak buang anak2 yang tak berdosa tu merata rata pulak.. Kalau ye pun taknak, silalah bagi anak tu kepada yang memerlukan.. Rasanya kat Malaysia ni ramai keluarga yang sudi nak bela anak tu.. Eh, tetiba cakap pasai anak pulak.. HAHA..



Sempena tahun 2012 yang sedang menjelang ni, perasaan aku bercampur baur antara gembira dan takut. . Gembira sebab masih lagi diberi peluamg oleh ALLAH untuk aku terus bernafas dan hidup di atas muka bumi ni.. Takut pulak bukan disebabkan filem yang kononnya 2012 akan kiamat tu tapi takut sebab firasat aku kuat mengatakan yang tahun 2012 ni akan ada banyak cabaran yang perlu aku tempuh.. Apa2 pun, akan ku pujuk hati aku dengan ALL IS WELL.. HAHA..



Sempena tahun 2012 ini jugak, aku doakan semoga pentas drama kita untuk drama 2012 ni akan diakhiri dengan HAPPY Ending.. Takla macam drama “Tentang Dhia” tu.. SAD Ending jer.. Aku benci SAD Ending.. Errkkkkk… Oklah, GOOD LUCK ye kepada anda, anda dan anda semua untuk menempuhi tahun 2012 ni.. ;)



Psssttttttt : Semalam aku celebrate new year kat Padang Kota(Penang Esplanade)... Anda?