Pages

Selasa, 18 Oktober 2011

Gigi Kuning, Gosok Gigi, Tandas..



2 minggu lepas, aku adala dengar ceramah agama daripada Imam Muda Khairul Azhar dekat Dewan Mini, UiTM Kedah.. Nampak sangat aku ni memang suka menghadirkan diri dalam ceramah2 agama ni kann.. *padahai kena paksa dengar ceramah tuu, HEHE..



Apa2 pun aku respectla sama Imam Muda Khairul Azhar tuu.. Walaupun baru berusia 22 tahun, tapi cara penyampaian ceramah dia memang aku tabik spring laa.. Actually dia ceramah pasai cinta dan remaja tapi bukan itu yang aku nak share dengan ampa semua.. Aku sebenarnya nak share beberapa info agama yang baru aku tau daripada ceramah yang disampaikan oleh Imam Muda Khairul Azhar tuu..



First, Kalau kita berak, kita sangat2 dilarang untuk tengok najis kita.. Sebab apa kita dilarang tengok najis kita tuu? Sebab kalau kita tengok, nanti gigi kita akan jadi kuning.. So, siapa2 yang mendambakan untuk ada gigi emas tuu, lepas berak, bolehla pandang puas2 tahi anda itu ye.. Yucckkss!



Second, Kalau ampa nak tau, gosok gigi sebenarnya tak baik untuk ingatan kita sebab kita akan jadi seorang yang mudah lupa.. Mesti ampa semua terkejut kan? kan? Sebenarnya gosok gigi baik untuk ingatan kita CUMA ingatan kita akan jadi lemah kalau kita gosok gigi SAMBIL berak atau kencing.. Lepas ni, kalau tak sempat lagu mana pun, jangan gosok gigi time berak or kencing okay? ;)



Third, sebab apa kita tak digalakkan bercakap cakap dalam toilet? Sebab toilet kan tempat Jin bertandang and melepak.. So, kalau kita bercakap or menyanyi dalam toilet, kita berisiko tinggi untuk disampuk.. Kalau tak kena sampuk pun, kita akan jadi macam blur je bila keluar daripada toilet. So lepas ni tak payah nak feeling2 Siti Nurhaliza or Faizal Tahir ye bila dalam toilet.. ;) Okay, itu je kot nak share dengan ampa semua.. Bye! ;)



Sabtu, 15 Oktober 2011

Saya Sokong Hukum Hudud

Bila cakap pasai hukum hudud ni, ramai yang akan melatah. Almaklum sajalah, Malaysia ni kononnya terdiri daripada pelbagai penganut agama, so hukum hudud ni memang tak boleh nak dilaksanakanlah kat negara ni. Betul ke? Dulu kan, kalau cakap pasai hukum hudud ni, mesti aku akan bangkang.. Aku rasa macam hukum hudud ni kejam sangat. Tapi bila fikir2 balik, ini hukum daripada Allah and apa hak aku nak bangkang segala pasai hukum hudud ni kann..



Then aku adala kaji sikit pasai hukum hudud ni, and ternyata hukum hudud ni takla kejam sangat, and aku rasa hukuman sivil sekarang yang lebih kejam. Tak perlu kot nak takut bagai dengan hukuman hudud ni sebab apa yang dah ditetapkan oleh Allah pasti ada hikmah dan kebaikannya.. Maybe ada yang akan cakap, apa pun yang terjadi, hukum hudud tetap tak boleh dilaksanakan di Malaysia sebab ia akan menindas orang bukan Islam di Malaysia.



Ek eh, siapa pulak cakap hukum hudud ni akan menindas golongan bukan Islam kat Malaysia kalau ia dilaksanakan? Tak timbul isu penindasan kat sini bahkan ia satu kebaikan kepada golongan bukan Islam di Malaysia sebab apabila depa didapati bersalah, depa boleh buat pilihan sama ada nak dikenakan hukuman hudud atapun hukuman sivil.. Tidakkah ini satu kebaikan kat depa? Si pesalah siap boleh buat pilihan lagi hukuman yang bakal dikenakan kat atas depa. Tak percaya yang hukuman hudud ni lebih baik daripada hukuman sivil? Jom kita bandingkan sebatan antara hukuman hudud dan hukuman sivil kat bawah ni..


Kalau x nampak or tulisan tak jelas, sila klik gambar di atas untuk proses pembesaran imej..


So lagu mana? nak hukuman hudud ka hukuman sivil? Ahaks!



Jumaat, 14 Oktober 2011

Biarlah Gereja Yang Besar Tu..

Fuh! Fuh! Fuh! Banyak la pulak habuk2 kat blog ni.. Almaklumlah, orang gaji lari.. so takdakla orang yang nak sapu2 habuk2 and sawang2 kat blog ni, HEHE.. Okay,hari ni aku nak bercakap pasai isu gereja yang terbesar di Asia yang terletak kat Bukit Jalil Kuala Lumpur yang sedang dalam proses pembinaan.. Walaupun isu ni agak lapuk tapi aku nak bagi jugak pendapat aku pasai gereja ni. Sebelum2 ni pun aku ada jugak berdebat dengan kawan2 aku pasai isu gereja ni..



Pada pendapat aku, tak perlula kita nak melatah yang kononnya dengan pembinaan gereja yang terbesar di Asia dan tercanggih di dunia yang sedang dalam proses pembinaan di Kuala Lumpur ini akan mengganggu agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Mungkin ramai yang takut dengan kewujudan gereja ini akan menyebabkan ramai belia2 Islam di Malaysia akan murtad dan memeluk agama Kristian. Bagi aku, perasaan takut ini amat bagus sekali sebab apabila orang Islam berasa takut dengan situasi ini, maka orang Islam pun akan cuba bangkit bersaing untuk memajukan agama Islam dan sekali gus terus meningkatkan jumlah2 orang2 bukan Islam untuk memeluk Islam dalam pelbagai program dakwah yang diadakan. Kalau takdak isu macam gereja ni timbul, mungkin institusi2 agama Islam kat Malaysia ni hanya duduk goyang kaki saja sampai ada umat Islam kat Malaysia yang terpaksa menagih simpati bantuan pihak gereja baru2 ni.



Lagi pun, aku rasa kita takdak hak nak halang pembinaan gereja yang terbesar di Asia ni sebab sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia iaitu kebebasan beragama dan Islam sendiri menyeru umatnya untuk menghormati agama2 lain. Jadi kenapa kita nak marah dengan isu pembinaan gereja ni? Tetapi kita memang berhak marah kalau pembinaan gereja ini untuk menarik umat2 Islam untuk memeluk agama Kristian sebab ia jelas melanggar perlembagaan Malaysia iaitu orang bukan Islam dilarang berdakwah tentang agama mereka kepada umat Islam. Tapi selagi depa tak melanggar perlembagaan negara iaitu berdakwah agama mereka kepada umat Islam, jadi biarkan jelah gereja tu dibina.



Mungkin ada yang kata, pembinaan gereja yang terbesar di Asia dan tercanggih di dunia ini akan jelas mencemarkan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Tetapi aku tak melihat pembinaan gereja ini sebagai mencemarkan status Malaysia sebagai negara Islam bahkan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh sebab walaupun ia sebuah negara Islam, tetapi ia tetap bertolak ansur dan menghormati agama2 lain yang dianut di Malaysia. Sekali gus, Malaysia berjaya menepis tuduhan dunia bahawa Islam itu pengganas. Buktinya, Malaysia sebuah negara Islam, tetapi penganut2 agama lain bebas mengamalkan agama depa di sini dan penduduk Malaysia hidup dengan aman damai walaupun berlainan bangsa, agama, dan budaya. Malaysia terbaik wokkk..!




Gereja yang terbesar di Asia yang sedang dibina di Kuala Lumpur



ilustrasi gereja yang terbesar di Asia setelah ia siap kelak...