Pages

Selasa, 4 Oktober 2011

Surat Email Daripada Encik Zizidiazora

Salam adik Zwan,

Tahniah la kerana mysuarablog tu nampaknya mendapat banyak sambutan dari follower. Yang komen pun dah banyak apa lagi yang membacanya. so rasanya zwan patut kena jaga mereka agar mereka tidak terlalu lama menunggu entry2 baru dari mysuarablog so abg rasa zwan harus mengupdatekannya selalu. andainya zwan kekurangan idea mungkin abg boleh tolong itupun sekiranya diperlukan.

Bersama2 ni abg attach 1 maklumat berkenaan perbezaan sebatan cara islam dan civil yang mungkin kita boleh kongsi bersama tentang info ini dan zwan boleh search mr.google untuk dapat lebih maklumat mengenai perkara ni. rasa2 tidak ramai yang tahu tentang perkara ni.

Sekian, semoga zwan terus sukses dalam dunia blogging ni.

Salam tulus ingatan dari abg zizi,





ZIZIDIAZORA


-----------------------------------------------------------------------


Jawapan Zwan Sabri,

Wassalam Encik Zizidiazora,

First of all, terima kasihla sangat2 sebab prihatin dengan blog Zwan. Zwan bukannya tak nak update blog hari2 tapi almaklum jelah, zwan sekarang ni dah kembali ke dunia pelajar. So kadang2 tu otak ni serabut dengan macam2 assignment yang nak kena buat, program2 universiti yang nak kena involve and mood untuk menaip entry tu pulak hilang tak timbul2, HEHE. Bro nak Zwan buat entry pasai sebatan cara Islam and civil kan? kan? Nanti Zwan buat entry pasai tu okay.. Tapikan, maybe ambik masa sikit la kot, HEHE.. Btw, thanks ketat2 ye sebab prihatin and terus membaca and melawat mysuarablog ni walaupun Zwan dah jarang2 update.. ;)





pssssssttttt: Kepada sesiapa yang nak luahkan apa2 jelah kat Zwan, anda boleh buat macam Encek Zizidiazora ye dengan menghantar email anda melalui email zwansabri@yahoo.com.. ;)


Sabtu, 1 Oktober 2011

Pekerja Yang Dah Tua Kerepot




Baru2 ni sektor swasta melalui kesatuan pekerja mereka iaitu MTUC, meminta kerajaan supaya menggubal rang undang-undang umur persaraan minimum swasta daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Kini difahamkan kerajaan sedang menggubal undang-undang baru bagi menaikkan had umur persaraan pekerja sektor swasta sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun. Itu mengenai sektor swasta, dan baru2 ni jugak aku difahamkan bahawa tak lama lagi jugak kerajaan akan menaikkan had umur persaraan di sektor kerajaan daripada 58 tahun kepada 60 tahun untuk memenuhi tuntutan kesatuan pekerja sektor kerajaan iaitu CUEPACS.



Secara jujurnya, aku sebagai pelajar amat berasa terancam dengan kenaikan had umur persaraan di sektor swasta dan kerajaan. Yela, setiap tahun ada beratus ratus ribu rakyat Malaysia yang menamatkan pengajian dalam SPM, STPM, Diploma, Ijazah, Master and Phd. So, kat mana kami yang lepasan sekolah, kolej and universiti semua ni nak kerja kalau kat sektor swasta and kerajaan takdak jawatan kosong akibat jumlah pekerja yang bersara makin berkurangan? Maka, makin meningkatlah jumlah pengangguran kat Malaysia ni and jangan terkejut kalau lepas ni ramai perompak ataupun pencuri yang berstatus pemegang diploma mahupun ijazah.



Mesti ada suara2 nakal yang cakap, itula budak2 zaman sekarang, kerja nak makan gaji jer, kerja sendiri tak mau. Excuse me, selaku graduan yang baru menamatkan pengajian, daripada mana golongan macam kami ni nak dapat modal untuk bukak business? Kalau ada modal pun, boleh lingkup jugak business tu kalau tanpa experience.



Seriously, aku betul2 tak paham kenapa perlu nak naikkan had umur persaraan tu. Hurrmm, makin berlambakla pekerja yang dah tahap expired dalam sektor kerajaan dan swasta. Produktiviti syarikat pulak mestilah menurun punya. Almaklumlah, kalau dah umur 60 tahun tapi still bekerja, mestila selalu ambil cuti and mc je memanjang sebab sakit jantungla, diabetes la, darah tinggi la, kolesterol la and macam2 lagi la.. Erm, satu lagi, pekerja2 veteran ni jugak tak ada fresh idea macam generasi muda. So, macam mana nak jadi negara maju kalau idea yang digunakan masih di takuk lama? Okaylah, malas nak bebel panjang2, anda baca, anda tentukan.. ;)



Jumaat, 30 September 2011

Doodle From Cik Ninie

Hari ni macam takdak idea nak update blog tapi rasa nak update jugak. Jadi di kesempatan ini, aku nak ucapkan bebilion bilion terima kasih kat cik Ninie sebab dah buat satu doodle and hadiahkan doodle tu kat aku, Thanks ye! sheharu niiiiyyyyhhhhh... first time dapat doodle.. ;)



Comey tak doodle yang Cik Ninie ni hadiahkan kat aku? ;)