Pages

Isnin, 1 Ogos 2011

Harapan Ramadhan

Hari ni kan hari pertama kita memulakan hari di bulan yang muia ni.. Pastinya setiap orang ada azam dan harapan sempena bulan yang mulia ni.. Kalau ditanya aku, apakah azam dan harapan aku untuk ramadhan kali ni, aku hanya meletakkan 4 jer azam dan harapan aku iaitu,


1. Takmau tinggal solat
2. Nak tunaikan solat tarawikh at least 2/3
3. Nak baca Al-Quran at least 15 juzud
4. Semoga Ramadhan kali ni membawa 1001 kebahagiaan dan kegembiraan



Selain itu, aku sempat jugak tanya azam dan harapan beberapa rakan aku di laman sosial facebook… Jom kita usha azam dan harapan depa.. ;)





"Harap2 dapat berbuka puasa bersama2 dengan family dari 1st day puasa sampai la last day puasa..bukan ape,sebelum ni kann puasa kt hostel, jarang dapat berbuka dengan family.. kalau dapat pun kadang2 je.. harap2 ramadhan kali ni dapat dimanfaatkan sepenuhnye bersama family tercinta,hehe.. :)Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kami & berharap jugak supaya ramadhan kali ni akan lebih diberkati & bermakna buat kami sekeluarga"

Azzarina
Abbas







"Harap tahun ni dapat buat yang lebih baik sebab tahun lepas sembahyang terawih ada yang terlepas, so harap tahun ni terawih x terlepas la dan nak banyakkan bersedekah. Puasa so far x pernah terponteng lagi.. Ahakz!"

Shahrul Azuwan











"Kalau diizinkan, saya takmau tinggal puasa tahun ni.. Saya nak puasa penuh dan nak solat tarawikh selalu.."

Nur Fazira











"Saya harap Ramadhan tahun ni saya akan pergi solat tarawih setiap malam, InsyaAllah.."

Hazrul
Ishak












"Hope dimurahkan rezeki, dapat beribadah banyak2.. Tahun lepas boleh bilang je berapa kali pergi tarawih.. Hope kali nie dapat penuhkan lah solat tarawih tu."

Sara Zainol











pssstttttt : Bagaimana pulak dengan azam dan harapan ampa sempena bulan Ramadhan yang mulia nii? ahaks!