Bekerjaya atau menjadi suri rumah tangga??? Jika di zaman nenek dan datuk kita, kita dapati para lelaki lebih suka jika isteri mereka menjadi suri rumah tangga. Tetapi itu pada zaman tersebut, dan bagaimana pula dengan zaman hari ini? Apakah para lelaki masih mendambakan sang isteri sebagai suri rumah tangga sepenuh masa ataupun sebaliknya? Untuk mendapatkan jawapan, seperti biasa, saya telah menjalankan sedikit soal selidik terhadap teruna2 moden di laman sosial Facebook. Berikut adalah pandangan 10 jejaka zaman kini tentang pilihan pasangan hidup mereka sama ada bekerjaya ataupun tidak. Jom layaaaaannnnnnnnnn!!!
"Mesti la nak isteri yang bekerjaya. Alasannya, kalau aku kaya raya boleh tanggung semua xpe la tapi zaman sekarang ni susah la kalau sorang je yang kerja.."
WAN AHMAD FARIS, Kelantan
"Aku lebih suka kalau isteri aku jadi suri rumah sebab kalau yang bekerjaya nie, sama2 kerja. Bila balik kerja je, mesti masing2 letih punya. Hubungan suami isteri akan renggang. Hubungan dengan anak2 pun akan renggang."
AHMAD ALIFF, Penang
"Aku lebih prefer yang bekerjayala. Suri rumah tuh kalaw gaji aku banyakla. Tapi kalaw x banyak aku suruh dia kerja gak."
AFIQ KAZUYA, Penang
"Nak yang bekerjala.. dapat support family. Dapat tambah sumber pendapatan. At least dia boleh bantu aku kalau aku ada masalah kewangan nanti."
AFIZUL AHMAD, Selangor
"Yang bekerjaya kot, tapi kalau aku kaya aku suruh dia duduk rumah jela tapi kalau gaji aku ala kadar je, dia pun kena kerja la."
AZRIN ZAINUDDIN, Perak
KHAIRUL EKMAL, Penang
"Suri rumahla sebab dapat jaga anak2 and keperluan aku."
SAFWAN ZAINAL, Melaka
"Kerja lah bagus lagipon kalau sorang je yang kerja, mana mampu walapun gaji 3-4k. Barang makin hari makin mahal. Kalau dua2 kerja, sorang boleh bayar bil, kereta dan apa2 lagila dan yang sorang lagi pulak boleh belanja makan."
FAIZAL DZAL
"Suri rumah kerana kalau wanita itu seharusnya dirumah supaya bisa merawat anak2 dan suami. Itu sudah jadi undang2 dan adat bekeluarga di Indonesia."
STEFAHMIEND TOBING, Indonesia
Tetapi jika ditanya aku, aku lebih suka yang bekerjaya kerana bagi aku, wanita yang bekerjaya ini lebih berdikari dan otak mereka berkembang. Sedikit sebanyak wanita yang bekerjaya ini mampu untuk membantu suami dari sudut kewangan. Tapi apa yang lebih penting, sekurang kurangnya, jika terjadi perkara buruk kepada suami mereka contohnya lumpuh atau meninggal dunia, wanita yang bekerjaya ini tidak akan kekok untuk mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga kerena mereka memang sudah sedia berdikari mencari nafkah sendiri ketika suami mereka masih sihat. Selain itu, wanita yang bekerjaya ini juga selalunya lebih kreatif dari segi idea kerana mereka bergaul dan berhadapan dengan pelbagai orang dan situasi. Tidak seperti suri rumah yang hanya terperap di rumah dan akan menjadi masalah kepada mereka jika sesuatu musibah menimpa suami mereka. Apa2 pun, itu hanya pendapat aku. Bagaimana pula dengan pendapat anda???
58 ulasan:
kos sara hidup sangat tinggi sekarang ni so saya prefer untuk bekerja bagi membantu suami dan keluarga... sekurang-kurangnya bila ada kesukaran di masa depan saya sebagai isteri dapat meringankan beban suami...
Memikirkan masa depan yg bakal mendtg..so baik seseorg wanita itu ada kerjaya sendiri..dpt membantu pasangannya menguruskan kewangan dalam rumahtangga dan demi anak-anak..
aku nak isteri yag bkerjaya, dia berhak tentukan kehidupan dia sndiri
mula-mula kerja..
nanti bila ku dah naik pangkat
ku suroh isteriku berhenti je hahaha
ntah bile la nak naik pangkat tu
bg pendapat aku la kn..lau lelaki yg nk kn isteri yg jdi suri rumah sepenuh masa..better dia cari perempuan yg xblajar tggi2 la cz perempuan yg belajar tggi2 ni mesti la nk kerja..ye la dah belajar terok2,, xkan nk jd suri rumah je kn...rugi la..hutang ptptn spe nk tlg byr kn...so, papepun 2 juz my opinion la..setuju ke x..itu hak anda...oke,,
sye bersetuju dengan pendapat
:: SAFWAN ZAINAL, Melaka
:: ZAIRUL HELMI, Penang
dan
:: STEFAHMIEND TOBING, Indonesia
sememangnya tanggungjawab isteri adalah untuk menjaga suami dan anak2..
setiap orang punye alasan dan sebab tertentu..
tapi bagi Misz PE lebih elok mnjadi wanita yg berkerjaya asalkan pandai bahagikan masa buat kerja rumah..si suami juga bole turut same membantu..
lagipun niat utk membantu kewangan dalam keluarga dan kurangkn beban suami...
jika berlaku kenaikan pangkat atau gaji isteri lebih besar, isteri itu perlu sentiasa menghormati suami berteraskan ajaran Islam..
PEACE
wanita berkerjaya!!
semuanya ada pro dan kontra masing2.....
huhuhhu..
tapi, kalau smpai bekerjaya sehingga lupa tanggungjawab..
jgnlah..
nak amik pembantu rumah boleh,
tpai urusan memasak, jgn sesekali suruh pembantu rumah..
tak elok..
huhuhhu :)
errr.. bila ko nak tnyer pendapat aku tentang isu2 ko plak?
huhuhhu :)
rata2 mst rmai mahu istri yg bekerjaya sbb kos hdup tggi kan. tp, si istri akn mengalami double-burden iaitu 2 kerja. 1 kerja di ofis @ mne2 je, 1 lg keja rumah yg mmg jd tgjwb istri. JADI, suami prlu memainkn prnan dlm memstikan rumah juga teratur tnpa menghrapkan pd istri shj :)
Ticer Wan : tula pasai.. lani ramai isteri prefer untuk bekerja.. sbb nak bantu suami
Miss Fyqa : Yeah. Untuk masa depan, wanita tu kena keja.. manala nak taw nanti kena ceria ke apa ke kan.. HUHU
Nazrul Azat : Setuju dengan kamu
Hazwan17 : Ramai laki yang berpendapat macam tuu.. ;)
Tanpa Nama : Btol tu btol.. kepada yg nakkan isteri untuk jd suri rumah, kenala cari perempuan yang x belajar tinggi.. ;)
Cik Bai : Owh.. actually ada Pro dan Kontra wanita bekerjaya mahupun suri rumah ni.. suma ada pendapat masing2 kan..
Misz Pinky Eyes : yeah. Wanita kalaw dah bekerjaya setinggi pangkat mana pun, still kena hormatkan suami sebab syurga isteri di bawah tapak kaki suami.. ;)
Amir Aizat : Same goes with me.. ;0
Cikgu Fikri : Nnati aku tanya hang plak k.. HEHE
Aisya ; Yeah. btol tu.. klaw dua2 da bekeja, so dua2 pown kena la sama2 bwat keja umah.. barula fair kan.. ;)
suka this entry ! hihi
setuju zwan pny pendapat !
bekerjaya is better,
wanita bekerjaya pun di samping kerja,tugasnye lebih kurang jadi macam suri rumah jugak kann. buat keje rumah pe sume, masak,kemas rumah..
macam mommy sy :)
sy prefer bekerja di awal2 kahwin. bila dah ada anak berenti keje. sebab dah ada peneman kat umah. haha, tp if kewangan tak cukup, cari kerja yang tak guna masa banyak. taknak kerja yang kluar pagi balik petang. ^_^
haha..setuju wanita kena bekerjaya..
ye lah.. kita xleh predict future kan..
mcm zwan kata la.. at least kalo suami xde.. diorang xlah susah sgt..
bolih independent sndiri..:)
pndpt perempuan pla: ehh ok secara jujurnyaa...sanah suka berkerja bkn pe skg ni sara hidup sgt2 tinggi klo nk harapn suami mmg susah la.,,kt pun nk savingkn tuk msa dpn,,klo hrpkn suami ermm mmg x dpt la saving kan ehh
Adie mau isteri adie ade kerjaya dia sndr...
stuju dgn zwan tang last part tu, pandangan wanita pula..ecece... bg ahkak la kan akak suka keje sebab mcm zwan ckp la otak berkembang, ada kerjaya sendiri, ada duit sendiri nak beli apa pun buleh takyah nk minta2 dgn hubby...
err.. bg saya biarlah, permpuan tu seorang yg bekerjaya dan seorg suri rumah. means, dia seorg yg bekerjaya, tp kerja2 rumah juga dpt dialkukan dgn baik. kan bagus! suami pun mst syang lebih kan. jgn jd perempuan yg terlalu komited dgn kerjaya smpai lupa hal keluarga. :)
Wani : Mama saya pun bekerjaya jugak tapi still mampu menguruskan rumah dengan baik.. ;)
Rian : Owh.. okla jugak tu.. at least anak x terabai kan.. ;)
Syud : Yeah. btol tuu.. at least depa bole independent sendiri.. ;)
Sanah : yeah. klaw pompuan keja, dapatla jugak saving kan.. ;)
Daniel Adie : Same goes with me.. ;)
Hanis MY : a'ah kan.. klaw pompuan bekerja, dia x yah susah2 nak minx kat hubby dia suwuh beli itulah inilah sebab dia bole beli sendiri..
Hajar Hasan : untung lelaki mana yang dapat Isteri yang bekerjaya dan pada masa yg sama seorang suri rumah tangga yang hebat.. ;)
aku nak istri yang berkerjaya...tapi xnak tgi dari aku....huk3...
hmm....perempuan sekarang rasanya lebih suka keluar berkerja. hal rumah tangga dan penjagaan anak2 tu kenalah sama2 bertolak ansur.
nak yang bekerjya...tet..titik.huhuhu....
Kalau ikotkan, memang perempuan elok jadi suri rumah.Kalau perempuan bekerja, nanti ada pulak orang buat fitnah lah, kata ade scandle dgn laki lainla, apelah. Tapi, zaman sekarang ni, kalau perempuan tak bekerja susah jugak. Kalau nak harapkan laki sorang je kesian pulak kan kat laki, melainkan dapat laki yang jutawan. Keh keh keh keh.Tapi kalau laki dah izinkan isteri kerja tu, jgn pulak pegi menggatal, amik kesempatan lain.
Tapi, kalau perempuan yg berkerjaya ni, cabaran dia besar sgt, sbb dahlah penat kat tempat kerja, balik nak kene buat kerja rumah lagi, nk msk lagi, nk lyn suami lagi, nk layan anak lagi.
Bagi Syarq, kalau Syarq dah kawin memang nak kerja selagi termampu lah. Kalau anak dah agak-agak ramai tu, patah pulak pinggang kalau bekerja. Baik berhenti, Heheheh (^_^)
o0.. macam tu ye..
kami pon nak bekerje jugak.. haha..
tapi.. lambat lagi kot nak fikir soal ni.. haha..
masuk university pon belom lagi.. alahai.. hehe..
Tia akan rancang dengan baik . Kemungkinan , Tia takkan ada anak dulu . Tia nak bantu suami kerja dan kumpul duit untuk simpanan. Dan , kalau Tia kerja pun Tia akan cari kerja yang sesuai . Tia tak nak lah Tia pergi kerja , dia baru balik . Tia balik kerja , dia pulak baru balik . nak adjust masa yang sesuai lah . takkan lepas kahwin hubungan jadi rengang? hish ! baik takyah kahwin ..
jom baca ni Selamat Datang Ke IPT/IPTA ;)
Salam...aku agak orthodox dlm hal ini. Isteri aku bekerja tetapi bila aku ditanya apakah pilihanku aku akan jawab tanggungjawab aku utk menyara keluarga. Jika isteriku ingin bekerja, aku akan izinkan atas dasar memenuhi permintaan. Aku tidak akan kata ingin isteriku bekerja supaya dia dapat membantu aku, kerana ianya seperti satu doa (berkias) yang boleh menyebabkan aku seolah-olah terpaksa bergantung harap kpdnya utk membantu dan sememangnya ia pernah berlaku...
well.. for me, sy prefer keja sbb sy anak sulung dlm family and sy rs bertanggungjwb utk bantu family dr segi kewangan even though da kawen.. klu hasben sy ade prob, sy pown bole tolong nnti.. hehe..
kalau boleh nk bekerjaya gak..tapi cukup la sebagai cikgu je..taknak yang balik lewat2 malam..takde la busy sangat kan
depends. x bekerjaya x semestinya xde ilmu. yg penting ilmu utk uruskan rmhtangga n anak2 nnt.
*ikut laki jela senang
okey! akhirnye! haha..
kalo rean lah kan...nak berkerjaya la..sebabnye kan..pomwan ni macam2 die nak..kalo boleh die tak mau susah kan orang lain, jadi die kene usaha lebih dengan menjadi wanita yang berkerjaya lah!:) hehe
jika aku seorang lelaki.....
aku prefer isteri aku itu bukan keje makan gaji. ko nak keje? bole, tapi buat buat la keje yang bukan keje makan gaji, keje dengan orang ape lagi keje shif. ko jadik la agen insuren, jual cup kek, jual online punya barang ke ape ke... janji ko bukan keje makan gaji.
malangnya, aku adelah sa-orang perempuan. harommmm kawin dengan perempuan. ahaks!!
nak dapat bini pun payah laa ni..
-budakbukansebarangbudak-
seriously,,,best la entryyy ni >.<
lau sy pn nk kerja..xkn belajar tinggi2 nk duk umah je...rugi la...
tp kena la pndai urus rumah tgga juga nanti..
ermm..kawan 2 ah..1 yg keje..1 yg ta kej :D
pilihlah yg terbaikkkkkkk~ tehehehehehe~ ^_^
Yang bekerjaya @ suri rumah...mana2 pun ok!;-)
kalo bg aku..tak kisah pon mane...keje ke tak keje ke..jnji boleh bhagia..tapi lebih suke yang jdi suri rumah la..boleh jge anak2 dgn terbaik...
kak liza kira dua2lah kot. kadang2 kerja, kadang2 dok rumah. yg pasti duit shopping, kereta, kad kredit kak liza bayar sendiri tapi tetap punya masa yg banyak utk anak2.
jat?jat nk kerja!sape nk bayar duit kete?duit ptptn?hahaha
pd jat,harus pndai main dgn masa.keje bukan 24 jam.
kalu sy pon nk kerja..dah blajr bgai rak x kn dok umah je..btul..hutang ptptn g..suami nk byr ke..?..kalu kaya x per la..hhehe
klu aku sndri pn, nk kja. da stdy, xkn xmo kja. utg pt kna byq gak. hehehe... g pn, zman skg, kos idop tgi. lg sng klu kja, leh pgg duit sndri...
aku mmg suka ko letak gambar aku kat situ...hahaha
Suka lelaki yg prefer isterinya mnjadi suri rumah..
mereka lbh matang pd najah..lbh pandang kehadapan..dunia dan akhirat..
biarlah hidup secara sederhana
didikan ank2x penting..so..ibu kne ada bnyk masa utk luangkn masa bersama mereka
Saya setuju dengan yang nak bini belajar tinggi2.. terutama yg kerja cikgu... senang... pompuan keje cikgu memang jadi rebutan... hehehe
Stigma msyarakat skang kan..nak istri bekerjaya sdgkan surirumah tu pekerjaan paling mulia...prpn blaja tinggi wajib bekerja utk bantu suami..biarlar anak org jaga.pastu kena pukul dera br nyesalkan..sibuk cr duit nk tampung blanja itu ini sampai x sdr anak membesar n terlibat ngan benda x sihat...tular punca keruntuhan moral remaja skang...mesti ramai yg menafikan coz ramai ibubapa bekerja tp anak2 ok jer..tp x rmai berbanding yg x ok.
Ramai prpn lbh suka klu suami suruh mereka duk rumah menjaga anak n makan pakai suami.....lelaki camni biasenyer lbh gentle coz dia akan bekerja keras utk menyediakan kperluan anak n istri...tp klu istri n nk bekerja/kerja tetap sblm kawin, pastikan anak diletakkan tmpat selamat n rumahtangga terjaga...
X rugi lar dik...jgn sesekali fikir camtu...mnjadi istri n ibu satu nikmat...kak ni pas kawin kije jap..ade anak trus berenti smpai skang...blaja degree but ade pngalaman 4 thn kije sblm kawin. Yg penting anak2 mbesar ngan tgn kite sndri...mmg nikmat dik jg anak sndiri...ttg nafkah serah pd suami...susah senang pun kena sbr skit ( kecuali suami x bertanggungjwb so istri tpaksa bkije tmpung blanja)...leh usaha biz online ker atau biz kecik2 cth buke tuisyen utk student....
Aku rasa lh kan..sesetengah laki ni nk sgt isteri diaorg bekerja sbb xnk stress pikir psl kewangan..klu diaorang sorang jer yg berkerja nmpk sgt lh yg diaorang ni xmmpu nk tanggung keperluan fmly.dlm erti kata lain xyah susoh² perah otak pkir psl duit klu isteri berkerja.tp suami jer lh yg senang..tangggungjwb jd mudah.isteri?tugas2nya bertimpa2..nasib baik sy fulltime housewife.heheee...ada sedikit waktu utk berehat sbb blh adjust msa kerja_jga ank_utk suami n diri sndri...tenangnya jiwa...
Sebenarnya klu isteri fulltime housewife ni dia boleh memberi tumpuan & fokus yg lebih kepada fmly & urusan rmhtangga.aku pernah tinggal kat rumah cousin aku yg berkerja.dia kerja nurse.hidup dia ni seakan akan sarat dgn kesibukkan tau.masa utk fmly n ank2 amatlh terhad.apa xnya blk dr keje kurung terus aje dlm bilik.nk rest n tdr.ank dia yg sorang tu duk lh dpn tv tunggu smpai mak dia siap "restkn diri"..keadaan rumah dia pun agak berselerak sbb xde msa sgt nk kemaskn.setakat yg dia blh bt kt rmh msk..basuh kain..basuh pinggan..sapu2 lntai..rumahnya kira mcm x up 2 date lh katakn.ank dia yg baru sorang tu pun xmahir sgt nk bersosial sbb enthlh selalu sgt bersendirian kot.asyik dgn tv jer.jarang skli mk dia dpt bwa g jln2 kt tmn/luar rmh.walaupun aku tengo mak dia ni dh ckup berusha utk fmly tp tetap ada yg akn kurang.berbeza pula dgn yg fulltime housewife ni..keakraban mk & ank2 ckup ketara.byk msa utk fmly sbb blh asjust msa tu utk fmly.rmh pun bersih & sntiasa kemas..ank2 pun hapy sbb bila pegi skula mk hntr smpai ke muka pintu.blk dr skola pun mk dh tersenyum kt dpn rmh.ada aktiviti kt skolah mk msti dtg bg smngt..suami pun mcm tu juga.pegi/blk keje isteri sntiasa mnanti d muka pintu.siap isteri dtg ke tmpt suami keje lg hntr makan tghri.hapy kn?..walaupun hdp xlh mewah sgt berbnding mereka yg suami isteri berkerja(klu lh mewah sgt.amin) tp kegembiraan itu ckup dirasakn oleh seisi kluarga.ank2 tgh bermain berlari sna sni mk ada kat tepi memerhatikn..suami pun blh keje dgn hati tenang sbb ank2 kt rmh hapy mndpt kasih yg sempurna dr ibu kandung sndri..
Sy setuju dgn sdra.sesetengah kaum suami nk isteri berkerja supaya tugas & tanggungjwb mereka jadi lebih mudah & pd msa yg sma hdp mewah@senang.tp pd sy lh kn jikalau suami itu seorang yg bnr2 ada rasa bertanggungjwb terhdp kluarga dia tdk akn terfkir bhwa isteri yg berkrja sekurang2nya dpt meringankn/membntu tanggungjwb dia dlm mencukupkn keperluan kluarga.klu suami itu btl2 sedar akn tanggungjwb dia sbgai ketua dlm kluarga susah mcmna pun / kurang mcmna pun keadaan kluarganya itu dia tetap berusha dgn kudrat sndri utk mncukupkn keperluan kluarga tanpa mnghrpkn pertolongan dr siapa2 (selagi mmpu)..itu barulh suami & lelaki sejati..hehee
Kalau la i ni lelaki, I lebih suka wanita yang bekerjaya. why? sebab kadang2 wanita bekerjaya ni lebih BERDIKARI. tp jgn silap faham, wanita suri rumah lah antara wanita yang kuat2. Cuba try jd, jgn sembang je.
Anyways, Jemput dtg blog i, tips and info untuk kekal slim.
>>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<
Salam maff pendapat sya perempuan tempat duduknya haruslah dirumah ini bertepatan dengan al quran fitrah perempuan harus dirumah..tapi akhirzaman ada tangan-tangan hitam yang cuba mengubah fitrah allah menukar fitrah, perempuan berkerja lelaki duduk dirumah.. ape yang terjadi hari ini banyak perempuan mengadu,bercerai kerana lelaki tidak mahu berkerja alasan sebab perempuan sudah berkerja ini adalah krisis rumahtangga jadi ape yang allah turunkan perempuan harus dirumah ,lelaki harus keluar berkerja ini adalah fitrah supaya tidak bertukar perempuan berkerja lelaki duduk rumah apabila manusia mengubah fitrah itulah yang akan jadi..lelaki duduk rumah perempuan yang berkerja..
Catat Ulasan