Assalammualaikum dan Selamat Hari Ahad terakhir untuk bulan February 2013 ni.. Diskriminasi. Pernah tak ada perasaan macam tu? Sebagai manusia biasa, kita memang tak dapat elak daripada
mendiskriminasikan sesuatu.. Tipulah kalau cakap kita dapat berlaku adil 100%..
Kita bukan Allah yang MAHA ADIL.. Kita hanyalah manusia biasa yang tak terlepas
daripada melakukan kesilapan.. Mungkin kita memang adil dan saksama dalam
melakukan sesuatu tapi adil yang kita miliki tak akan pernah sampai tahap
maksima 100%.. Pasti ada jugak peratusan dalam diri kita untuk
mendiskriminasikan sesuatu. Bagaimanapun itu bukan alasan untuk tidak kita
berlaku adil..
Jangan dabik dada mengaku kita ADIL kalau masih ada yang
terasa tersisih dengan kita, Tapi kita digalakkan untuk selalu berniat untuk
menjadi seorang yang ADIL.. Niat untuk berlaku adil sebelum melakukan keadilan
pun dah dapat pahala. Niat melakukan sesuatu kebaikan itukan satu ibadah..
Dalam senario kehidupan masyarakat kita di Malaysia ni,
majoriti daripada kita tak lepas daripada melakukan diskriminasi terhadap
sesuatu. Contohnya, bila tengok perempuan kampung pakai baju seksi, mulala kita
cop dia bohsia, pelacur, perempuan murahan dan sebagainya. Tapi bila perempuan
bandar pakai baju seksi, kita cakap depa hanya ikut trend semasa.. Tak ke
diskriminasi namanya tu?
Contoh lain pulak, bila kita tengok lelaki lembut, terus
kita cop depa tu gay tapi bila kita tengok lelaki yang badan berotot atau
maskulin, kita selalu cakap depa tu lelaki sejati. Tapi perlu diingat, tak
semua lelaki lembut itu gay dan tak semua lelaki maskulin itu lelaki sejati.
Contoh diskriminasi yang lain ialah bila kita tengok lelaki
hodoh kahwin dengan perempuan cantik, kita akan cakap lelaki tu guna minyak
dagu or minyak guna2 untuk dapatkan perempuan tu tapi bila tengok Brad Pit
kahwin dengan Angelina Jolie, kita cakap ini baru sesuai.. Sepadan sama cantik
sama lawa.. Kenapa perlu berlaku diskriminasi? Perempuan cantik tak semestinya
untuk lelaki kacak dan lelaki kacak juga tak semestinya untuk perempuan cantik.
Banyak lagi contoh diskriminasi yang aku nak bagi tapi kalau
nak bagi satu persatu, rasanya sampai esok pon tak habis sebab banyak sangai
situasi diskriminasi ni berlaku dalam kehidupan kita. Kita memang tak dapat elak
daripada berprasangka buruk terhadap sesuatu tapi kita dapat cuba untuk mengurangkan
prasangka buruk kepada sesuatu itu ke tahap minima yang boleh.
Psssssttttttttttt : Kepada seluruh masyarakat cina, Happy
Chap Goh Mei.. :)