Pages

Sabtu, 29 September 2012

Tegapkan Badan Kurus




Memiliki tubuh badan yang tegap serta berotot sudah menjadi kegilaan ramai lelaki Malaysia pada ketika ini. Tak kira la yang gemuk or kurus, masing2 berlumba nak dapatkan badan yang ada six pack. So, tak hairanla kalau sekarang ini gym tumbuh macam cendawan tumbuh selepas hujan. Bahkan supplement untuk tubuh badan yang agak mahal harganya juga begitu laris dijual pasaran.



Baru2 ni aku ada terbaca satu informasi mengenai teknik untuk tegapkan badan yang kurus. Aku suka dengan informasi ni sebab aku bertubuh kurus dan aku pun dalam proses memantapkan badan aku. So, aku takmaula makan informasi ni sorang2. Aku nak la jugak share dengan lelaki2 kurus yang lain. Sharing itu kan tandanya caring.. ;)



Menurut seorang jurulatih kecergasan yang juga pakar nutrisi, iaitu Ben Greenfield, lelaki bertubuh kurus sebenarnya mempunyai potensi yang besar untuk memiliki tubuh yang sasa sebab tubuh depa mempunyai kandungan lemak yang rendah. Ini satu kelebihan buat lelaki kurus macam aku! HEHE 



So, untuk mendapatkan tubuh idaman, lelaki kurus perlu selalu menjalani rutin angkat berat. Jalani latihan dua kali sehari. Dalam masa enam latihan sahaja, otot sudah dapat dibentuk. Kombinasi latihan sama ada dada, paha, punggung, sisi badan dan sebagainya juga perlu dilakukan secara konsisten dalam jangka masa 5 minggu supaya otot yang terbentuk kelak lebih mantap. Selain itu jangan lupa mengambil sumber protein seperti daging, telur dan makanan laut kerana ia dapat meningkatkan hormon testosterone.



Kepada yang taktau macam mana nak jalani latihan yang betul, sila dapatkan nasihat daripada kawan2 yang selalu pergi gym ataupun daripada jurulatih di gym. Ataupun tengok je kat youtube.. Selamat menegapkan badan! ;)




Pssssstttttttt : Kepada pelajar2 asasi, diploma di UiTM, Kolej Poly-tec MARA, Kolej Bersekutu UiTM dan yang sewaktu dengannya, Selamat Menempuhi Final Examination.. Good Luck!

Jumaat, 28 September 2012

Islam Bukan Pengganas!




I’m Muslim, but I’m not terrorist! Salah satu ungkapan yang diungkapkan di dalam filem lakonan Datuk Shah Rukh Khan iaitu My Name Is Khan. Filem ni harus dipuji kerana inisiatif produser serta penerbit filem tersebut yang cuba menepis tohmahan dunia terhadap penganut Islam sebagai pengganas. Baru2 ni dunia Islam digemparkan lagi dengan sebuah filem murahan iaitu Innocence of Muslim yang cuba mengaitkan Islam dengan keganasan. 



Kenapa orang Islam selalu dicop sebagai pengganas? Walhal sudah terang lagi bersuluh bahawa orang Islamlah yang selalu menjadi mangsa keganasan. Kenapa orang Yahudi yang membunuh orang Islam di Palestin tidak dicop sebagai pengganas? Kenapa orang Buddha yang membunuh orang Islam di Selatan Thailand dan Myanmar tak dicop sebagai pengganas? Kenapa orang Kristian yang membunuh orang Islam di Mindanao Filipina tidak dicop sebagai pengganas? Kenapa orang Hindu yang pernah membakar hidup2 orang Islam di India tidak dicop sebagai pengganas?



Populasi umat islam di dunia ketika ini lebih kurang 1.7 billion orang.. Kalau benarlah setiap orang Islam itu adalah pengganas, jadi tidak mustahil dengan jumlah penganut yang seramai 1.7 billion orang ni mampu untuk menghapuskan penganut2 agama Hindu, Kristian, Buddha, Yahudi, Bahai, Shinto, dan sebagainya dengan mudah sekali. Tapi persoalannya, kenapa perkara ini tak pernah berlaku? Jawapannya sungguh mudah kerana Orang Islam BUKAN PENGGANAS dan ISLAM tak pernah mengajar umatnya untuk menjadi pengganas. As simple as ABC right?


Aku Muslim dan aku bukan pengganas dan aku bangga dengan agama yang aku anuti. Islam forever.. Allahuakbar! 





Pssssttttttttt : Terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Malaysia di atas bajet 2013 yang mesra rakyat..  :)

Ahad, 9 September 2012

Gila Gangnam Style

Assalammualaikum dan Salam Satu Dunia.. Adoyai, bila lama tak update blog, nak taip entry pon rasa macam taktau nak mula dari mana dah.. Taktau nak taip pasaipa.. Tapi apa yang aku tau, hari ni aku nak taip entry pasai Oppa Gangnam Style.. Tau tak apa itu Oppa Gangnam Style? Bohong sangatlah kalau ampa taktau.. Alaaaa, lagu yang menari tarian kuda tuu.. Kalau taktau jugak, sila mintak tolong dengan Encek Google.



Secara jujurnya, aku agak pelik bin hairan bin ajaib bila lagu Oppa Gangnam Style tu menjadi kegilaan bukan setakat rakyat Malaysia saja tapi seantero dunia.. Setakat jam 3.30pm, bertarikh 9/9/2012, Video youtube rasmi lagu Oppa Gangnam Style tu dah mencapai 129,385,946 penonton. Bagi aku, lagu tu memang menghiburkan bila dengar tapi untuk nak mengagung-agungkan lagu tu, aku rasa macam kurang layak sebab lirik lagu tu pun macam entah apa2 and difahamkan lirik lagu tu pon agak kontroversi sebab khabarnya menghina Islam.. Betul atau tak tu, Wallahuallam.. Aku belum cukup arif untuk nilaikan sesuatu yang membabitkan hal ehwal agama Islam.



Cuma apa yang aku tertarik dengan lagu Oppa Gangnam Style ni apabila muncul pelbagai video parody yang meniru video klip Oppa Gangnam Style.. Bahkan ada jugak yang muncul dengan gaya tersendiri yang sungguh mencuit hati.. Tak payah tengok kat negara luar, tengok je kat dalam Malaysia.. Macam2 jenis video parody Oppa Gangnam Style yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri.. Ini menunjukkan rakyat Malaysia begitu kreatif.. Tak percaya? Kat bawah ni ada sebahagian video klip Oppa Gangnam Style yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia.. Layaannnnnnnnn.. ;)



























Psssstttttt : Kepada pelajar2 Ijazah di seluruh IPTA di Malaysia, selamat pulang ke kampus.. Dan di kesempatan ini jugak nak ucapkan Selamat Merdeka Raya.. ;)