Nak tahu apa maksud atau makna di sebalik pergerakan atau sikap lelaki? Di bawah ini ada beberapa maklumat yang boleh dijadikan panduan oleh kaum2 hawa dan mungkin juga kaum2 adam terhadap pergerakan di sebalik seorang lelaki. Jom kita layan satu persatu..
MENGANGGUKKAN KEPALA
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu sering mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu jika anda memerlukan pertolongannya.
MENDEKATKAN BADAN
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik perhatian ramai orang tetapi kadang2 sikapnya agak keterlaluan.
MERENUNG
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang boleh atau mampu tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
MENGGERAKKAN TANGAN DAN BADAN
Lelaki jenis ini memberangsangkan, bertanggungjawab, dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata2 tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif tetapi baik hati.
MEMANDANG MATA
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha memperoleh perhatian, berusaha menjaga hati semua orang tidak kira bagaimana rapatnya hubunganya dengan orang tersebut.
SENSITIF PADA JARAK
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada kewajarannya dengan orang itu. Dia juga jenis lelaki yang tahu apa orang lain tak suka.
SUKA BERDIRI
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.