Bagi sesiapa yang menonton rancangan masakan popular iaitu
Masterchef Malaysia musim ke-2 terbitan Astro yang ditayangkan di Astro Ria dan
Astro Mustika, pastinya nama Che Lah sudah tidak asing lagi. Dengan trademark
yang digunakan oleh Che Lah iaitu “Wanita Cantik Pun Boleh Memasak” pastinya
akan membuatkan segelintir penonton rancangan Masterchef Malaysia 2 ni agak
meluat dengan statement serta gaya gedik yang ditunjukkan oleh Che Lah.
Orang cakap, tak kenal maka tak cinta.. Dulu aku and family
aku agak meluat dengan Che Lah tapi bila hari2 tengok Masterchef Malaysia 2,
daripada perasaan meluat tu bertukar jadi suka.. Che Lah merupakan favourite
aku and family. Sejujurnya, antara sebab kenapa aku menonton rancangan
Masterchef Malaysia 2 ni adalah disebabkan Che Lah. Seronok tengok telatah dan
gelagat Che Lah yang sungguh mencuit hati dalam rancangan tu.
Che Lah merupakan seorang penasihat kecantikan di Johor yang
berusia 40 tahun. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada 4 orang anak. Apa
yang menarik mengenai Che Lah ialah beliau sentiasa akan berdandan cantik dan
beliau jugak seorang yang outspoken. Walaupun kadang2 Che Lah ni suka cakap
lepas tapi aku percaya yang hati dia baik. Apa yang aka tau, kalau Che Lah
takdak, maka akan bosanlah rancangan Masterchef Malaysia musim ke-2 ni sebab
telatah and gelagat Che Lah yang selamba itulah warna dalam rancangan tersebut.
So, aku berharap sangat supaya Che Lah akan mara sehingga final.. Good Luck Che
Lah!
pssssstttttt : Hari ni sungguh sedih sebab dah nak kena balik UiTM.. So kepada yang still cuti midsem, selamat bercuti.. :)