Pages

Jumaat, 27 April 2012

Hari Ini Hari Jumaat

Yeah! Hari ini hari jumaat dan Selamat Hari Jumaat kepada semua.. Actually, aku tak tau pasaipa hari ni tetiba perasaan aku macam2 ada.. sat gelisah, sat gembira, sat cemas, sat angau.. HUHU..



Okay, first sekali, hari ni aku rasa gelabah, gelisah, risau, bimbang, khuatir dan sewaktu dengannya sebab hari ni dah hari jumaat.. So, ini bermakna esok aku dah kena balik UiTM Kedah.. But the problem is, sepanjang cuti seminggu ni, aku langsung tak sentuh assignment aku.. Langsung tak baca buku.. Memang cuti seminggu ni aku memang merehatkan otak aku sungguh.. Mampuihla aku next week.. HUHU



Yang keduanya, entah pasaipa hari ni aku rasa macam gila bayang dan mungkin jugak gila meroyan, HAHA.. Semalam aku adala pi Maybank Bandar Perda atas urusan nak gantikan kad atm aku yang hilang.. Then aku tertarik and tergoda dengan seorang staf baru kat situ.. Memang taste aku, HAHA.. Sampai hari ni aku still terbayang muka dia, HUHU.. So, kepada sesiapa yang pi Maybank Bandar Perda dan ada ternampak seorang staf perempuan yang berkulit cerah, free hair, cantik dan bernama Mira, sila bagitau dia yang aku kirem salam naa.. Errrrkkkkk... HAHA



Yang ketiga pulak, aku rasa cemas and cuak jugak hari ni sebab satgi dalam pukul 3 macam tu, aku ada date ngan blogger terkena iaitu Daniel Adie.. Aku ada janji nak bawak dia jalan2 ronda Penang.. Tapi apa yang buat aku nervous ialah aku taktau sebenarnya nak bawak dia pi mana sebab almaklumlah aku ni tourist guide yang takdak tauliah, HAHA.. Then esok pulak aku ada date nak bawak cik Nurul Anisah pulak ronda2 Penang.. Memang aku ni tourist guide tak bertauliah yang menjadi rebutan, HAHA.. Btw, kalau kawan2 yang rapat dengan aku tau yang aku jadi tour guide, confirm depa gelak sampai muntah hijau sebab aku ni lebih dikenali sebagai seorang yang mudah lupa jalan and selalu suka sesat, HAHA..



Yang keempat pulak, aku rasa senang hati and gembira sebab tadi aku ada pi Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk memohon kebenaran nak interview depa pasai pentadbiran kewangan kat sana untuk subjek Local Government. Apa yang aku suka sebab depa semua betoi2 friendly, tak lokek dengan senyuman and banyak membantu.. Walaupun tadi aku agak geram sebab mula2 aku kena pergi tingkat 12, kemudian tingkat 14, kemudian tingkat 13, then tingkat 11 pulak.. Tapi kegeraman aku bertukar jadi happy sebab layanan yang depa bagi memang sempoi.. Aku sempat jugak tanya kat depa kot2 aku boleh praktikal kat sana sem depan.. Then depa cakap depa memang mengalu-alukan student buat praktikal kat sana sebab depa ada jabatan/unit untuk student2 yang praktikal.. Kalau tak salah jabatan tu kat tingkat 13..



Last sekali, thanks for reading.. Jaga diri.. Bye!




Pssssssttttttt : Hari ni seluruh pelajar diploma UiTM akan dapat result depa.. So, good luck naa.. :)



Rabu, 25 April 2012

Ramai Murtad Dalam Diam

Baru2 ni time aku online facebook, aku adala perasan satu application ni.. Alaaa, application yang selalu dok tanya soalan tu.. Contohnya macam kat bawah nii..





Tapi kan soalan yang lagi satu application tu lain.. soalan dia lebih kurang macam ni, “Adakah Anda Berbangga Menjadi Salah Seorang Penganut Agama Islam?”.. Jawapan yang disediakan hanya dua je iaitu YA ataupun TIDAK...



Time tu hati aku cakap yang confirm2la 100% yang akan jawab YA.. Then aku KLIK la yang jawab YA tu nak tengok berapa ramai.. Then yang jawab YA time tu lebih kurang 96%.. So maknanya ada 4% peratus yang jawab tidak.. 4% tu dalam 1000++ orang.. boleh tahan ramai jugak.. Tapi dalam hati aku time tu still cakap yang 4% tu maybe yang bukan islam..



So, untuk mendapatkan kepastian, aku KLIK la yang jawab TIDAK tu.. Saja nak usha siapa yang tak bangga jadi orang Islam tu.. Sumpah aku terkejut gila sebab majoritinya adalah bangsa Melayu.. Kalau sebut Melayu, confirmla Islam kan.. Bayangkan jumlahnya bukan sikit tapi 1000++.. Itu baru yang jawab secara terang terangan.. Macam mana pulak yang secara sorok2?



Betulla orang cakap, kadang2 orang muallaf yang baru masuk Islam lebih menghargai Islam berbanding orang yang sejak lahir lagi sudah jadi Islam ataupun dikenali sebagai Islam baka ni.. Apa2 pun, kita doakan semoga Allah teguhkan serta tingkatkan keimanan seluruh umat Islam terutamanya umat Islam kat Malaysia ni agar terus setia dengan Kalimah Syahadah..




Pssssttttt : Sorryla geng sebab aku tak sertakan LINK or PrintScreen pasai application tu.. Bukan apa, takut mengaibkan orang2 yang jawab TIDAK tu..




Isnin, 23 April 2012

Jangan Malas Kerja..!



Hari ni kan hari isnin, jadi semestinyalah encek abang, cik kakak, makcik2 and pakcik2 sekalian tengah bekerja pada hari ni setelah 2 hari bercuti hujung minggu kan.. Mesti kalau hari isnin je rasa malas nak pegi kerja tu rasa macam lain macam je kan.. Yela setelah 2 hari cuti kan.. Btw, aku suka dengan bait2 ayat daripada sebuah petikan daripada seorang tokoh motivasi dan pendakwah iatu Prof Dr Muhaya.



Bait2 ayat tersebut berbunyi macam ni (eh ada dengar tak bunyi ni? Kalau tak dengar, maknanya anda ada masalah pendengaran letteww.. HEHE)


"Jika gaji kita RM5,000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji RM20,000, Allah SWT akan berikan beza RM15,000 itu samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.



Jika gaji kita RM5,000 tapi kita kerja malas macam gaji RM2,000, maka beza RM3,000 itu Allah akan tarik balik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya."



So kepada para penjawat awam ke, penjawat swasta ke or yang bekerja sendiri, jangan malas2 ye untuk bekerja sebab Allah itu maha adil.. Walaupun kita mungkin hanya seorang cleaner yang mungkin gaji hanya rm500 tapi disebabkan kita ikhlas bekerja dan rajin bekerja, Allah akan tambah pendapatan kita tu dalam bentuk yang lain..



Then cuba kita tengok pulak situasi orang yang kaya disebabkan selalu makan rasuah.. Hidup depa macam tak tenang je kan.. Walaupun harta melimpah ruah tapi selalu rasa macam tak cukup and anak bini pun perangai dah tak macam orang dah kan.. Nak ke jadi macam ni? So tak kira la pangkat apa pun kita, position apa pun yang kita pegang, kerja kena mau ikhlas and jangan malas2.. Selamat bekerja!




Pssssstttttt : Dikesempatan ini nak ucapkan selamat bercuti seminggu kepada seluruh pelajar degree, master and Phd di UiTM.. :)




Sabtu, 21 April 2012

Georgetown Penang Kalahkan Kuala Lumpur



Laporan untuk “The Most Livable City In Asia 2012” telah pun dikeluarkan yang menyaksikan Georgetown Penang tersenarai sebagai bandar yang ke-8 yang paling sesuai didiami di Asia sekali gus menumpaskan Kuala Lumpur yang tersenarai di tempat yang ke-10.. Georgetown juga turut menewaskan bandar2 besar dunia yang lain seperti Seoul, Beijing, Bangkok, dan Shanghai.



Tahniah diucapkan kepada seluruh rakyat negeri Penang.. Apa2 pun tahniah jugak kepada seluruh rakyat Malaysia sebab dua bandaraya Malaysia iaitu Georgetown dan Kuala Lumpur berjaya tersenarai dalam kumpulan top 10 bandar yang paling sesuai didiami di Asia untuk tahun 2012.. Syabas!



Disebalik laporan yang dikeluarkan ini, aku memandang dalam dua sudut yang berbeza di mana satu di sudut positif dan satu lagi di sudut yang negatif. Dari sudut positif, semestinyalah Penang akan terus menjadi tumpuan pelaburan yang hebat. Kalau kita tengok pada tahun 2011, Penang telah munyumbang sebanyak 36 peratus kepada keseluruhan FDI negara walaupun rakyat negeri Penang hanyalah 6 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi Malaysia.



Dari sudut negatif pulak, laporan ini akan menarik ramai golongan ekspatriat and pelancong2 asing untuk membeli rumah dan menetap di Penang. So, bagi pemaju yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata, sudah tentulah depa hanya akan bina rumah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan ekspatriat saja. Kalau tengok pada zaman sekarang pun, orang Penang sendiri dah tak mampu nak beli rumah kat Penang sebab harga rumah yang melambung tinggi dan akhirnya ramai anak Penang terpaksa lari keluar dari Penang dan membeli rumah di luar Penang.




Pssssssttttttttt : Di kesempatan ini aku nk ucap bebilion bilion kemaafan sebab dah lama tak update blog dan dah lama tak bertandang ke blog ampa semua.. SORRY! Btw, baru aku perasan something, blogspot dah macam barula dia punya aplikasi.. Pening aku nak guna.. HUHU




Isnin, 2 April 2012

Loghat Utagha Itu Loghat Kampung?

Gambar ini hanyalah sekadar hiasan semata mata.. Tiada kena mengena yang dah hidup mahupun yang dah mati..


Rasa lucu la plak.. Mana taknya, sepanjang aku dok berkawan dengan ramai orang dari negeri2 selatan Malaysia macam KL, Ipoh, Selangor, Melaka, Johor,dan sewaktu dengannya, baru aku tau yang persepsi kebanyakan daripada depa semua ni dok cop orang yang dok guna loghat utagha ni sebagai kekampungan..



Sampai ada sesetengah daripada depa tu marah bila aku cakap guna loghat utagha and siap ajaq aku cakap bahasa KL.. Ala, yang ada gune kite kite tu la.. HAHA.. Maybe bagi depa bila cakap saye, kite and e e e semua tu akan kelihatan kebandaran mungkin.. Tapi bagi aku, aku lebih selesa menggunakan loghat utagha.. Loghat melambangkan identiti kenegerian seseorang itu.. I’m proud to be Penangite and no reason for me untuk malu guna loghat utagha..



Aku tak marah pun kalau ada yang cop orang yang guna loghat utagha ni sebagai kekampungan sebab loghat kekampungan inilah yang telah banyak melahirkan ramai tokoh2 yang berjaya di Malaysia.. Contohnya Tunku Abdul Rahman (Kedah), Tun Dr. Mahathir (Kedah), Tun Abdullah Ahmad Badawi (Penang), Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penang), Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari (Kedah), Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah (Penang), Datuk K (Kedah) and ramai lagi lah.. HAHA..



Bagi siapa2 yang sedang mencari pekerjaan, bolehla KLIK link kat bawah ni and sign up okay..

(KLIK SINI)





Pssstttttttttttt : Semalam bertarikh 1 April.. April fool tuu.. tapi syukurlah sebab nampak macam ramai umat Islam sudah ada kesedaran dan tak begitu menyambut sambutan yang bodoh tu.. :)