Bila cakap mengenai idola, semestinyalah setiap orang ada idola dia masing2 dan mungkin juga seseorang tu menjadi idola kepada orang lain. Bagi aku idola ni lebih kepada ikon ataupun aspirasi kepada seseorang untuk menjadi atau berjaya macam orang yang dijadikan idola tu. Kalau ditanya aku siapakah idola aku, confirmla idola aku ialah Nabi Muhammad SAW and my lovely parents. Btw, selain itu aku ada jugak orang lain yang aku jadikan sebagai idola or aspirasi aku untuk cuba berjaya macam depa.. Depa yang berjaya jadi idola aku ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ni asal dari negeri Kedah.. Pendidikan beliau hanyalah setakat SPM je tapi beliau lani berjaya jadi top 5 orang paling kaya di Malaysia and orang Melayu paling terkaya di Malaysia. Aku suka dengan sikap Tan Sri Syed Mokhtar ni sebab walaupun beliau kaya tapi beliau hidup secara sederhana je. Cuba ampa bayangkan orang yang sekaya Tan Sri Syed Mokhtar ni hanya guna kereta Proton Perdana jer walaupun beliau sebenarnya jauh lebih mampu kalau nak beli Lamborghini ke Ferrari ke. Ini disebabkan beliau sokong kereta nasional dan bagi beliau tak kiralah apa kereta pun yang dipakai janji kereta tu dah cukup untuk bawak beliau ke mana mana. Aku suka dengan prinsip hidup Tan Sri Syed Mokhtar ni sebab kekayaan yang beliau kejar hari ni bukanlah disebabkan beliau nak hidup mewah tapi disebabkan niat beliau untuk membantu orang. Beliau percaya kekayaan yang beliau miliki hari ini adalah milik masyarakat dan beliau hanyalah sebagai pemegang amanah daripada Allah untuk mengagihkan kekayaan itu kepada orang ramai.. So, tak heranla kenapa beliau tak pernah berkira untuk keluarkan wang yang banyak untuk membeli atau membuna sesuatu demi kegunaan orang ramai. Hari ini, aku pun berazam nak jadi macam Tan Sri Mokhtar Al Bukhary di mana aku pun akan berusaha nak jadi sekaya mungkin sebab aku nak tolong agama aku, bangsa aku dan negara ku.. InsyaAllah.. :)
Selain itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad juga merupakan salah seorang idola aku. Aku suka dengan idea dan polisi yang digunakan oleh Tun Dr. M ketika beliau memerintah Malaysia. Setiap polisi dan perancangan yang dibuat oleh Tun Dr. M kadang2 macam tak masuk akal tapi sebenarnya banyak manfaat daripada polisi dan perancangan Tun Dr. M ni. Boleh dikatakan semua polisi yang dicetuskan oleh Tun Dr. M ni berjayalah. Aku suka dengan sifat kepimpinan beliau. Walaupun beliau hanyalah orang melayu dan perdana menteri Malaysia iaitu sebuah negara yang hanya baru nak membangun tapi beliau tak pernah gentar dengan negara2 maju yang lain. Beliau pernah melancarkan kempen “Buy British Last” sebagai usaha untuk membalas sikap sombong kerajaan British. Kempen ni membuatkan Kerajaan British begitu terkejut dan terkesima dengan Malaysia. Kalau nak cerita satu persatu mengenai polisi yang dibuat oleh Tun Dr. M ni, memang tak boleh nak habisla sebab banyak sangat and semuanya sungguh berkualiti. Takla macam perdana menteri yang dok ada lani. Asyik2 1 Malaysia, 1 Malaysia, 1 Malaysia.. Klinik 1 Malaysia lah, Kedai 1 Malaysialah, semua nak 1 Malaysia sampai aku rasa dah bosan dengan 1 Malaysia ni.. Oppsssssss! Terlebeyh sudeyhhh..
Idola ampa siapa pulak? Ceciter, ceciter..
Psssssttttttttt : Sempena cuti sekolah ni, kepada murid2 sekolah, selamat bercuti.. kepada yang nak kawin, selamat pengantin baru.. kepada yang nak celebrate hari gawai, selamat hari gawai.. Peace!