Pages

Selasa, 10 Mei 2011

Hormon Testosteron Penting Untuk Lelaki



Pertama sekali biarlah aku terangkan apa itu hormon testosteron kerana mungkin ada diantara anda yang tidak tahu apakah itu hormon testosteron. Berdasarkan wikipedia, hormon testosteron ialah sejenis hormon steroid daripada kumpulan androgen. Dalam mamalia dan manusia, hormon ini lazimnya dihasilkan oleh testis jantan/lelaki dan ovari betina/perempuan. Secara purata, lelaki dewasa menghasilkan antara 40 hingga 60 kali lebih banyak hormon ini berbanding perempuan. Ia merupakan steroid anabolik. Ia merupakan hormon seks utama lelaki. Ia membantu dalam menghasilkan sperma dan juga merangsangkan perkembangan ciri seks sekunder pada seorang lelaki seperti pembentukan otot yang kasar, misai serta perubahan suara.




Okay, sekarang persoalannya, kenapa hormon testosteron ini begitu penting kepada lelaki? Haa, ia penting kerana melalui kajian yang dilakukan dalam tempoh 20 tahun di negara barat untuk menilai paras testosteron dan hubungkait dengan penyakit2 yang boleh membawa kematian mendapati bahawa kaum lelaki yang mempunyai paras testosteron yang rendah mempunyai 40% risiko lebih tinggi untuk mati lebih cepat berbanding dengan mereka yang mempunyai paras testosteron normal tanpa mengira usia dan kandungan lemak badan.




Sebenarnya kaum lelaki tidak akan mengalami masalah kehabisan hormon seperti yang dialami oleh kaum wanita yang dikenali sebagai menopaus. Tetapi kaum lelaki boleh berhadapan dengan penurunan hormon testosteron dan ia boleh bermula seawal usia 35 tahun. Nak tahu tak apa yang akan berlaku kalau hormon testosteron menurun? Ia akan berlaku perubahan dalam badan iaitu
peningkatan komposisi lemak, penurunan kepadatan mineral pada tulang dan penurunan tahap kecekapan sel-sel otak (gangguan ingatan, cepat marah, mood tidak menentu, gangguan tidur, gangguan emosi, sering letih, tidak bertenaga, gangguan ereksi zakar, sukar menumpukan perhatian dan tidak bernafsu untuk seks)




Kalau anda rasa mungkin anda salah seorang yang mempunyai hormon testosteron yang rendah, sila hindari daripada makanan yang digoreng, gula serta kafein. Dan sila lebihkan untuk makan makanan seperti makanan yang mengandungi
Zinc ( kekacang, daging merah, tiram, salmon, beras merah, susu, yogurt, keju cottage, asparagus, sayur-sayuran hijau, dan gandum), Kalium ( buah pisang dan susu), Vitamin B ( ikan salmon, telur, pisang, bayam, kembang kol dan pasta), Vitamin A ( nanas, bayam, tomato, epal, mangga, dan hati ayam ) dan Vitamin E ( biji bunga matahari, hazelnut, brokoli kacang kedelai, dan kacang tanah).






Psssstttttt : Tadi kawan aku iaitu Shafiq Azmi ada suruh aku promote blog dia yang bernama ”Kekalutan dan Kemerapuan Aku” dalam blog aku sebab dia baru buat blog. So, kepada yang sudi tu, silalah follow blog bakal cikgu ni okay.. ;)



31 ulasan:

Muhd Shafiq Azmi berkata...

hahahha... bgus2.. tlg promote...

toyolkiut berkata...

moralitinya..
jaga kesihatan..
don't play2..

Aleen Aiden berkata...

hu3,kaum lelaki,sila take note! ^_^

Diari Si Froggie berkata...

tergeliat nk sebut penyakit nie..
jaga kesihatan wahai kaum adam..
semoga dijauhi penyakit sebegini..

Tanpa Nama berkata...

nice info.ehehe ;)

Aimifiqa berkata...

waa. bgus2. good info utk dikongsi bsama. untuk perempuan?? wee :)

Abang Long berkata...

Salam...alamak!! Kena stop minum nescafe tarik la klu camtu yer?

ZWAN SABRI berkata...

Shafiq Azmi : Nnati klaw blog hang dah femes, promote blog aku plak.. HAHA


ToyolKiut : Ek eh, play2 apa ni? HAHA


Aleen Aiden : Orite dear.. ;)


Aida Omar : Insyaallah.. Amin! ;)

ZWAN SABRI berkata...

Hantu : Thanks! ;)


Aimifiqa? Untuk perempuan? nanti zwan try bwat research k... HEHE


Abang Long : Yeah! stop jgn x stop.. HAHA

shafmechy berkata...

good info =)

Unknown berkata...

wah....
bagus entry ni..
lagi satu, yang paling penting,
jgn melancap..
huhuhuhuh :)

wa_nie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wa_nie berkata...

of course la penting. haha

cikgu fikri cakap tol, jgn selalu sgt melan tett nanti energy kurang and selalunye akn jd seorang yg panas baran and bla..bla..bla.
macam2 lagi lah! hihi

so, untuk perempuan hormon ape pulak penting? oestrogens maybe. hahah :)

vampire's lovex berkata...

haaaaaa,baca ni lelaki malaysia..hahaha...


jgn bc je,amal sekali..hikk

piejiehairul berkata...

bagus.... tapi aq lamabtt lagi nak tua..hahahaha

Unknown berkata...

hang memang terar bab2 ni. haha

risa berkata...

thanks for nice info ye dear..
kena print dan bagi somi neh
ekekeke..maklumlah somi dah berusia gitu:)

nurkaloi berkata...

tidak bernafsu T__T iskk
siann betoiii hahaha

::FAIZ:: berkata...

ok will take note .... hehehe

Ariz Abdullah berkata...

hahaha...wan..kalau pagi pagi pas bangun tido, ehem2 ternaik ngan sendrik nya..bermakna hormon testosterung berada pada paras tinggi kan?

larikkkkkkkkkkk

rafina mimi abdullah berkata...

info yg bagus tapi akak x tau nak komen mcm mana..hehehe :)

Madd berkata...

kene jaga kshatan ni....
bermula dr awal...
uhhuuhhuhu

kAmi dAn mEreKa berkata...

sebab tu ea lelaki buncit? hihi

org muo berkata...

baru faham.. hidup mau sihat :)

Asma Ahmad berkata...

anda bgaimna?? hahaha...

Tanpa Nama berkata...

kena baca nih :D HAHAHHA :)

Fid"s berkata...

Nice info..
testosteron penting untuk
1) Tenaga
2) Keupayaan ingatan
3) Ciri sifat sekunder Otot kasar dan kuat
4) MENGUATKAN TULANG

Zul Salleh berkata...

Salam Zwan

Nak tanya ada tak apa-apa supplement dijual kat farmasi yang bagus/baik untuk increase hormon terstosteron nih

Harap dapat cadangkan produk apa ngan brandnya sekali spy mudah saya nak pi cari di farmasi

TKasih.

Unknown berkata...

kena amalkan..bagus tu tau! lagip[un dah melewati usia itu. Alhamdulillah masih sihat ...http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ dah follow Pesona ke...sorry bertanya

Tanpa Nama berkata...

Pada pake bahasa apaan nih orang2??

Tanpa Nama berkata...

Kalau testosterone lebih dapat penyakit ke? Macam kanser prostat?