Tadi malam aku adala tonton Juvana kat Tv3 and sumpah aku rasa terharu gila masa tengok depa berdebat and kumpulan dari sekolah juvana tu menang. Memang aku setuju sangat2 dengan segala hujah yang dilontarkan oleh pelajar2 sekolah juvana tu. Walaupun ia sekadar lakonan tapi lakonan itulah sebenarnya bayangan tentang apa yang terjadi dalam masyarakat kita.
Bagi aku, kat dalam dunia ni, tiada seorang pun yang jahat 100% dan tiada seorang jugak yang baik 100%. Kita pasti akan pandang banduan2 dalam penjara dengan segala kejahatan yang pernah depa lakukan tapi dari sudut lain, aku percaya depa juga pernah melakukan kebaikan. Begitu jugak kalau kita terpandang orang2 yang rajin pergi ke masjid, pastinya kita akan berfikir bahawa depa suka melakukan kebaikan, tetapi aku juga percaya yang depa jugak tak lari dari membuat kejahatan.
Apa yang aku nak utarakan kat sini, semua orang sama saja. Semua orang pernah melakukan kebaikan dan semua orang jugak pernah melakukan kejahatan. Tidak salah rasanya jika kita memberi peluang ke-2 kepada orang2 yang didapati telah melakukan kejahatan untuk berubah. Pepatah kan ada berkata, sekali air bah, sekali pantai berubah. Inikan pulak namanya manusia yang boleh berubah – ubah sifatnya. Orang yang jahat, kalau diasah dan dibentuk dengan nilai2 murni, Insyaallah dia pasti akan berubah menjadi orang yang baik.
Jadi aku sokong sangatlah jika hukuman mandatori hukum gantung sampai mati itu dihapuskan. Siapa kita nak cabut nyawa orang? Tuhan kah kita? Malaikat Izrail kah kita? Seeloknya mungkin kita patut gantikan hukuman tersebut dengan kerja2 kebajikan. At least, kita dapat menginsafkan depa dan sekali gus dapat memberi peluang kepada depa untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat. Tidak kah cara sebegini lebih elok jika dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati? Fikir2kanlah..
Bagi aku, kat dalam dunia ni, tiada seorang pun yang jahat 100% dan tiada seorang jugak yang baik 100%. Kita pasti akan pandang banduan2 dalam penjara dengan segala kejahatan yang pernah depa lakukan tapi dari sudut lain, aku percaya depa juga pernah melakukan kebaikan. Begitu jugak kalau kita terpandang orang2 yang rajin pergi ke masjid, pastinya kita akan berfikir bahawa depa suka melakukan kebaikan, tetapi aku juga percaya yang depa jugak tak lari dari membuat kejahatan.
Apa yang aku nak utarakan kat sini, semua orang sama saja. Semua orang pernah melakukan kebaikan dan semua orang jugak pernah melakukan kejahatan. Tidak salah rasanya jika kita memberi peluang ke-2 kepada orang2 yang didapati telah melakukan kejahatan untuk berubah. Pepatah kan ada berkata, sekali air bah, sekali pantai berubah. Inikan pulak namanya manusia yang boleh berubah – ubah sifatnya. Orang yang jahat, kalau diasah dan dibentuk dengan nilai2 murni, Insyaallah dia pasti akan berubah menjadi orang yang baik.
Jadi aku sokong sangatlah jika hukuman mandatori hukum gantung sampai mati itu dihapuskan. Siapa kita nak cabut nyawa orang? Tuhan kah kita? Malaikat Izrail kah kita? Seeloknya mungkin kita patut gantikan hukuman tersebut dengan kerja2 kebajikan. At least, kita dapat menginsafkan depa dan sekali gus dapat memberi peluang kepada depa untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat. Tidak kah cara sebegini lebih elok jika dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati? Fikir2kanlah..
34 ulasan:
errrr.. xtgk la plak juvana.. sebab dok hostel kan.. hehehhee...
pape pon.. setiap org perlu di beri peluang ke-2 :)
^^
gud entry bro...
sekurang2nya cite mcm tu dpt menyedarkan byk pihak...
tentang hukuman, terserahlah pada mereka yang arif bab undang2 dan islam...
huhuu....
beza pada pangkat dan kedudukan jer.
semua org sama *setuju.
Daim terbaekk :) *ahah. tetiba ja.
Setuju2...
elok gambar post nie...
ak skong dgn ko!!! sapelah kite nk tntukn hkuman trhdp psalah esp ble djtuhkn hkumn gntong ni kan..hehehe...tp klo xde hkmn gntong tu, x ke nnt mngkin akn rmai lg yg akn wat slh ble taw hkumn yg diambil utk pesalah pmbunoh hnylah kerja2 kbjikan...unless klo dpnjare seumor idop thats much better...msyrkt pon x prlu tkot... hihih
hurm... orang sering menganggap seorang pesalah akan tetap melakukan kesalahan... kita mampu buat andaian, tetapi sebaliknya mungkin pesalah itu yang mampu melakukan kebaikan lebih dari yang membuat andaian.
terlepas tgok juvana tadi..ad btol boleh beri peluang ke-2 tapi kdng2 ad yg salah menggunakan peluang ke-2 tersebut.. so, perlu ad cara yg mantap seblom mereka diberi peluang ke-2...
bak kta seth tan, stiap org yg wt clap brhak dpt pluang ke2. :p
Malaysia gune civil law la zwan.. Susah.. Ok la hukum smpai mati lau kat indon die men tembak je... Lg stu cth kes berzina, rejam smpai mati.. Tp kat mlysia tak wat pon.. Human made law kekdg lg rigid dri shariah law.. =)) So, kt ambk iktibar jauhkan dri dri sifat mungkar..
erm. macam berat je kes ni.haha. yang pntg, kita semua layak di beri peluang kedua. manusia tak dapat menghukum manusia kerana ALLAH sahaja yang lebih Mengetahui :)
setuju ng zwan hehe...tp bab hukuman errrr xtau nk ckp pe :)
mmg setiap org perlu di beri peluang kedua.. tp tgk keadaan gk kn?? klau setakat curang nan awek or bf, myb la patut d beri peluang kedua.. itu normal
tp kalau la kita dapat tahu kisah silam bf or gf kita yg dlu2.. yg kadang2 kita tak tahu bole d beri peluang kedua atau x mcm mn?? let say dia pnh tinggalkn gf dia dlu sbb dah mengandung ke, or any else seangkatan dengannya la??? hurmmm bole d maafkn lg ke??
betul betul..semua orang sama saja di sisi Nya.ada kelebihan =dan kekurangan masing2..
urm....manusia boleh berubah... tetapi hukuman 2 sebagai pengajaran kepda orang lain.....
terbaiklah siri juvana 2.rasa cm rugi gila kalau termiss.hihi
salam..
semua orang ada peluang utk berbuat baik dan jahat..
semua tu di tangan kita.. tepuk dada tanya selera..
cuma hukuman gntung sampai mati itu perlu.. sebagai peringatan agar tidak melakukan kesalahan2 berat yg bukan merosakkan diri tetapi orang lain..
seperti cth bunuh dan pengedaran dadah. kalau tidak ada undang2 sebegini. Peringatan hukuman bunuh ini mengingatkan bahawa kesalahan seperti itu sangat berbahaya kepada masyarakat.. sebab ia berkaitan dgn nyawa..
cuba lihat ramai bangsa kita yg mati dan tidak bermakan kehidupan mereka dengan dadah..
hukuman gantung ini mungkin setimpal.
hukuman gantung ini bukan dilaksanakan secara terus.. sebaliknya diberi tempoh yang secukupnya sebelum dijalankan..
dalam tempoh ini banduan2 diberi peluang untuk bertaubat ataupun menginsafi.. disitu peluang kedua telah diberi
ingatlah, penghakiman Allah itu yang Maha Adil..
wallahhualam..
tak boleh jugak la zwan oiii...manusia bkn smua yg jnis bleh insaf. Dalam Islam pun ade hukuman mati jugak, tp kne selari dgn kesalahan dyorg la...peace no war!!!
salam!
Betul tu..semua org sama shaja. kita manusia memang tak boleh lari dri melakukan kesilapan.
hukuman yg terbaik adalah hukuman yg berasaskan Islam iaitu hudud. kerana ia adil dn saksama di mana setiap hukuman yg kita terima menghapuskan dosa yg kita lakukan.
wassalam...
Salam,tuan/puan/saudari,meminta pandangan/nasihat dari wanita berkaitan artikel yang di tulis di blog saya,silalah berkongsi bersamadi blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada tuan/puan/saudari.
semalam adalah kali pertama saya layan JUVANA. best gila :D
botak nampak mcm ganster tpi muka ayu kot.. hehe
Bella Bell : Laaa.. Apasal tak tengok? HAHA.. erm, yeah, suma kena diberi peluang ke-2.. ;)
Alif Ismail : Thanks! Yeah. Btol tu tbol.. crita macam tu mmg dpt menyedarkan banyak pihak.. ;)
Miss Fyqa : Wah! tetba plak daim.. ni coklat Daim ek? HEHE
Anoizul : Trima kasih sbb setuju.. ;)
Pak Syahot : Btol tu btol.. aku pown rasa penjara seumur hidup lebih sesuai drpd hukan gantungsampai mati.. ;)
Anishaway : Yeah! btol tu btol.. setiap perbuatan baik mahupun jahat ada balasannya.. ;)
Fezul Fadhley : Setuju sangat dengan hang.. kadang2 org yang kita rasa jahat tu, tp skali klaw dia bwat baik, maybe better lg drpd kita..;)
Cucu Umie : yeah, btol jugak tu bro.. maybe sebelom bg peluang ke-2 tu, kita kena bwat something dulu kann... ;)
Asma Ahmad : Ek eh, demam nora elena tak abis lg ke? HAHA
Liyana Zahim : Yeah, kita doakan smoga dijauhkanla drpd benda2 mungkar tu kann.. ;)
Nur Ayuni : Yeah! sangat setuju.. siapalah kita nak menghukum manusia lain kan? sedangkan Allah pun maha mengampuni.. ;)
Afikah Aziz : Alaaaaa, cakaplaaa, cakaplaaaa... HEHE
Cik Lulu : Maybe sebelum ni dia jahil, so dia x heranla klaw mengandungkan anak dara orang pown.. tp klaw dia da tawbat, kesian rasanya klaw kita x bg peluang ke-2 kat dia.. HUHU
Ima Salsuzaima : A'ah.. tawu xpaa.. ;)
Azana : yeah. hukuman tu mmg perlu, tp biar lah lebih kepada hukuman yang mengajar.. bukannya menyakiti.. HUHU
Zati Embong : Tawu xpa.. Juvana dekat dgn hati masyarakat.. ;)
Ikhram : Walaupun hukuman gantung tu untuk memberi pengajaran kat orang ramai, tapi rasanya statistik orang yang bwat jenayah tak pernah turun malah lebih meningkat.. jadi, relevan lagi kah hukuman gantung sampai mati tuu? HUHU
Awan : For me, semua manusia boleh insaf, cuma kena tawu cara jer nak insafkan depa.. ;)
Al -Amin : Yeah! Hukuman hudud yang terbaikk.. ;)
Anak Pendang sekeluarga ; Oriteeeee.. ;)
Amna : Minat botak ek..? HAHA
mungkin kau patut cakap, manusia pun tak layak bagi kemaafan sebab Allah je yang layak bagi semua tu. kann??
hehe.. btw, hukuman gantung segala bagai tu , let's the pandai yang buat. hee.
betul3x..
sokong apa yg hg utarakan...
jika ada hukuman gantung...
memang berkahirnya hayat seseorang itu..
padahal..
selama hayatnya boleh berbakti..
some kesalahan tu allah dah gariskan panduan macam mana nak hukum. bukan lah dengan hukuman bunuh tu kita mengambil nyawa org sesuka hati. tapi dah diambil kira dari pelbagai aspek. bukan suka2 je jatuhkan hukuman.
ni just opinion je. =)
betol.. semua org sama je... and setuju kalau hukuman mati tu xda... penjara seumur hidup pun ok apa...huhu
saya rasa amat berbelah bagi kalo hukuman gantung sampai mati dihapuskan digantikan dengan melakukan kerja2 kemasyarakatan.....tapi,kalo camnih,jenayah semakin berleluasa adalah...tapi,kalo hukuman gantung sampai mati terus dikekalkan,saya rasa sama jew kadar jenayah dinegara kita nih....semakin naik adalah....tak begitu bang???just opinion jew....
ade baik dan buruknye undang-undang manusia..tapi tu la..manusia nie susah nak jumpa yang betul-btul insaf..dah bagi pluang 2 3 kali pun still buat jugak..so pe kate hukuman mati mandatori ini kite bagi kat mereka yang diberi pluang ke-2 tapi tak insaf2 jugak..huhuhu..
Setuju dengan kenyataan Faza. beri peluang kali ke 2. andaikata tetap xinsaf juga barulah hukuman mati dijalankan...
walaubagaimanapun hukuman dari Allah jua yg maha adil..
yup... kenapa kita pandang serong kat banduan?.. walhal ada ramai lagi penjenayah sedang bebas berlegar di dunia kita ni...
yes sokong sgt! manusia semua sama saje, yg mmbezakan adlah dalamn,huhu
Catat Ulasan