Pages

Selasa, 14 Jun 2011

Perhimpunan BERSIH : Bersih Sangat Kah?

Sebenarnya, aku betul2 tak faham kenapa perhimpunan BERSIH ini harus diadakan. Kepada yang tak tahu apa itu perhimpunan BERSIH, Mai sini aku terangkan. Perhimpunan BERSIH ini diadakan adalah untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus. Ia pertama kali diadakan pada 10 November 2007 dan yang terbaru ia dijangka bakal diadakan pada 9 Julai 2011. Perhimpunan ini didalangi oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, NGO2 serta beberapa pertubuhan lain.



Okay firstly, aku nak tegaskan kat sini yang aku ni BUKAN penyokong Barisan Nasional dan aku juga BUKAN penyokong Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang bakal aku luahkan ini lebih kepada suara seorang belia yang cintakan Malaysia. Kita ni orang Malaysia, orang yang terkenal dengan adab dan sopan. Jadi harus ke kita nak ikut budaya arab, budaya Thailand yang buat perhimpunan macam tu? Ada banyak cara lagi untuk perjuangkan pilihanraya yang telus dan adil ni. Tidak cukupkah impak yang kita lihat terhadap Mesir dan Thailand tentang perhimpunan2 HARAM ni? Tak jelas lagi ke kesan yang kita terima sewaktu Perhimpunan BERSIH dahulu? Dimana para pelancong takut nak datang ke Malaysia, dan para pelabur takut nak melabur di Malaysia disebabkan media2 luar yang sengaja mengapi-apikan isu ini sehingga mencalar imej Malaysia.



Sebagai contohnya, Al Jazeera, sebuah agensi berita Timur Tengah yang mempunyai pusat penyiaran rantau Asia Pasifik di Kuala Lumpur, turut membuat liputan mengenai peristiwa Perhimpunan tersebut. Mereka melaporkan bahawa pihak pengaman bertindak ganas dengan menyembur bahan kimia pemedih mata sehingga mencederakan ramai orang. Lihat! Ini sedikit sebanyak telah membuatkan banyak pihak takut nak datang ke Malaysia untuk melancong mahupun melabur. Pasti malang nasib industri pelancongan negara kita dan mungkin angka siswazah menganggur juga turut meningkat. Bagi aku, siapa yang menganjur serta menyertai perhimpunan tersebut adalah orang yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI! Tolonglah, jika kalian betul2 mahu berjuang demi rakyat, tolonglah fikirkan nasib kami diatas tindak tanduk yang kalian lakukan. Aku sayangkan Malaysia! Aku tak nak Malaysia jadi seperti Mesir, seperti Thailand, seperti Tunisia di mana mereka bergaduh serta membunuh sesama mereka sendiri.



Mungkin ada benarnya juga bahawa dunia kini sudah di akhir zaman di mana para pemimpin yang memimpin dunia adalah dikalangan orang2 yang hanya pentingkan kuasa dan sanggup berkelakuan zalim tanpa memikirkan nasib rakyat yang mereka pimpin. Kepada KERAJAAN YANG MEMERINTAH, sila amalkan pilihanraya yang telus dan adil kerana sesungguhnya kalian sedang memikul sebuah amanah yang besar daripada rakyat Malaysia. Ingatlah kalian akan seksaan azab api neraka jika kalian tidak jujur dalam menjalankan amanah rakyat Malaysia ini. Dan kepada PIHAK PENGANJUR PERHIMPUNAN BERSIH, jika Malaysia menjadi huru hara, jika rakyat Malaysia mendapat kesusahan disebabkan perhimpunan bodoh itu, kalian wajib bertanggungjawab! Dan mungkin di saat itu rakyat Malaysia tidak akan memaafkan kalian. Ingatlah bahawa dosa kepada tuhan, senang untuk kita hapuskan tetapi dosa kepada manusia, memang perit untuk kita hapuskan. Fikirlah Menggunakan Kepala Akal, Bukannya Kepala Lutut..





25 ulasan:

Fathiah Hamim berkata...

perlu la sangat nak berhimpun bagai. nanti ada je yang tak bersih pun

Ceiler Mun berkata...

politik? perhimpunan bersih?

hmm. tak minat sangat bab politik ni.. tak tau la kenapa..

^__^V

Ariz Abdullah berkata...

macam ada pro and contra tau....

1. rakyat yang lebih memihak kepada pembangkang nak suara dia didengari tapi takde saluran yang boleh menyuarakan suara dia ke pihak atasan...suara untuk mendapatkan hak dalam mengundi secara adil dan saksama....bukan nak cakap pilihanraya kita secara total x adil, tapi banyak aspek2 perlu dipertingkatkan mutu dia...urmmm terfikir apa guna nya nombor siri tu yer....jadi, bila suara mereka xdihiraukan..maka demonstrasi lah jawap nya....

2. tapi demonstrasi pon lagi banyak keburukan dari kebaikan....macam tuan rumah kita ni bagitau, pelancong jdi takot nak datang malaysia, media akan lebih mengapi2kan apa yang sedang berlaku sedangkan belum tentu lagi terbukti kebenaran nya...kedai2 banyak tutup, ada yang musnah terok...urmmm tapi tak tau la "sehebat" macam kat thailand kah demonstrasi di malaysia ni...bial ade demonstrasi, akan ade la rusuhan....bila ade rusuhan, akan ade la apa yang dipanggil keganasan yang dibolehkan....takkan fru nak dok saje je tengok mereka kene tendang, kene sepak ngn perusuh kan?mesti la fru pon akan balas balik...dan ini lah yang paling nak dilihat media2 asing...KEGANASAN FRU...bila ade demonstrasi, secara xlangsung ekonomi malaysia akan down sekejap sampai keadaan kembali reda....pelabur pon takot nak melabur kat malaysia pasal ketidastabilan politik...

zwan sabri : BERSIH ni hanya berkaitan dengan pilihanraya je ke....ntah la pasal abg pon bukan ikot sangat pasal BERSIH ni... banyak cara boleh diselesaikan..ape lah salahnya berunding secara aman?tp kerajaan pon xboleh la nak hiraukan pandangan diorang jugak kan?terfikir pasal org yang selalu mati semasa demonstrasi jalanan ni...tengok kat luar negara sudah la kan....semoga negara kita xjadi la macam tu...ameen...

zizidiazora berkata...

Sokong sepenuhnya kenyataan Ariz Abdullah. Perhimpunan BERSIH tu sebenarnya lebih kepada kepentingan politik individu. Yg si bodoh ni tadi pakat2 ikut ramai2 lebih kepada nak seronok tapi implikasi disebalik perhimpunan itu depa tak tau.

ZORA berkata...

susah jugak dgn org politik2 ni..tapi kalo takde politik pon susah...huuhuu

btw zora mmng tak bpe nak mnat sngt la sal politik2 ni...

nur aisya humaira berkata...

Assalam..:)

memandangkan kerajaan malaysia yang tidak alert dengan keadaan rakyat,perhimpunan ini boleh buat pemimpim2 kerajaan bukak mata.

Tapi yang jdi problem bila media arus perdana yang seringkali menyampaikan berita-berita yang berat sebelah..

Apabila diperhatikan dari pelbagai sudut, sebenarnya negara kita ni bukanlah negara yang mengamalkan demokrasi...Bila yang berduit pegang kuasa, orang bawahan jadi mangsa...wallahuallam..:)

vampire's lovex berkata...

aku rasa sebab pemimpin skrg la mnyebab kan org duk merusuh sana sini. kalau pemimpin buat kje betol,xde nye org tak puas hati. betol tak.. kan? aku rasa la..hehe

Tanpa Nama berkata...

saya baru tau ada perhimpunan bersih kat malaysia. hehe sebab tak amek port sangat dengan politik ni :D

rafina mimi abdullah berkata...

x suka politik..politik sekarang dah x macam dulu..politik sekarang lebih menjurus ke arah rasuah,liwat,pelacur....aaarrrggghhhhh....tension jadi rakyat malaysia..huhu

ZWAN SABRI berkata...

Fathiah hamim : Btol tu btol.. HUHU


Bella Bell : ;)


Ariz Abdullah : WoW! Panjangnya komen.. Da bole bwat entry terbaru nii.. btw, zwan mmg setuju sangat2 dengan apa yg bro komen tuu.. ;)

ZWAN SABRI berkata...

Zizidiazora : Tawu xpa.. Disebabkan kepentingan politik individu ni, abes nanti Malaysia huru hara..


Zora : Yeah! Tawu xpa..


Nur Aisya Humaira : Mungkin ada betolnya jugak apa yang aisya cakap tu tapi for me, perhimpunan ni mmg x patut diadakan.. kalaw depa tak puas ati ke apa ke, ada banyak cara lain yang lebih bagus lagi boleh diadakan..

ZWAN SABRI berkata...

ampires Lovex : SETUJU! aku pown rasa macam tuu.. Kalaw depa kata rakyat Malaysia semakin racist kini, sebenarnya penghasut rakyat Malaysia untuk jadi racist adalah drpd pemimpin politik itu sendiri.. Depa sengaja menggunakan sentimen perkauman untuk raih simpati pengundi tapi depa langsung x fikir impak yang negara bakal hadapi.. HUHU


Nany Dingding : Bagusla klaw da taw.. ;)


Mrs Yie : Sokong! Politik skang ni kotoq sangat.. HUHU

IMA SALSUZAIMA berkata...

oh.. no komen tentang ini..hehe..politik..

h a i z am berkata...

govt did offer a stadium to do so, they didnt accept and still going to do it on the road.a reason behind these demo-to-be is to create chaos.

selalu hny fikirkan kepentingan politik sendiri, tdk ambil peduli kesan ke atas negara, industri dlm negara & mysrkt dlm & luar negara.

Shah Rizar berkata...

"Sesungguhnya kami pikulkan amanah pada langit dan bumi serta gunung – gunung. Semuanya enggan memikulnya dan rasa kuatir akan kesanggupanya di terima oleh manusia. Sayang manusia itu zalim dan jahil."

"..Sesungguhnya manusia itu adalah zalim ( aniaya ) dan jahil ( amat bodoh )"

(Al Ahzab – 72 )

Ayie berkata...

BERSIH tuh tak perlu memandangkan tak ada sebab kenapa ianya perlu dilakukan..

Kalau betul pilihanraya tak adil, masakan pulak 5 negeri dipegang PR..

Mereka kata mereka tak ada cara nak menyampaikan suara, aku hairan sebenarnya.. Kalau BN ada TV1, PR ada TVSelangor.. Kalau BN ada UTUSAN Melayu, PR ada Harakah.. Kalau BN ada PAPA GOMO, PR ada Kickdefella (*sekadar contoh).. Jadi apa punca yang mnegatakan mereka tak ada saluran..?? Hairan sebenarnya..

Kalau dulu, aku tak peduli sgt orang berdemonstrasi nih.. Tapi bila aku sendiri dah ''berpengalaman'' berdepan demonstrasi nih, maka aku menentang sebarang demonstrasi jalanan, baik daripada BERSIH atau PERKASA.. perhimpunan hindraf dulu dah cukup menyusahkan aku.. Aku taknak berdepan masalah lagi.. Jadi, Tolong la jangan menyusahkan orang lain kerana kepentingan anda.. Aku percaya, ada cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah.. Kalau masalah cuba diselesaikan dengan membentuk masalah lain, masalah takkan selesai, sebaliknya menyebabkan masalah bertambah kronik.. Ibarat api, jika disimbah minyak, api tuh takkan terpadam.. Makin marak ada laa.. Mangsanya..?? teka la sendiri..

Tolong la jgn buat demonstrasi tuh.. menyusahkan nanti..

**sekadar pendapat

shafmechy berkata...

ni la sebab kebanyakkan belia sekarang tak suka politik

::FAIZ:: berkata...

ini isu panas... saya tak mau komen.. hehehehee

Tanpa Nama berkata...

x kira la perhimpunan ape sekalipun skang neh memang da xde bersihnyer.. huhu~~

aRaN berkata...

hanya kerana kauuu politik!!!

Tanpa Nama berkata...

apa2 pun pemimpin2 kita buat, paling penting, rakyat kena fikir secara positif dan bukan logic semata2. rujuk semula cara pemerintahan negara Islam sebenar. itu adalah cara terbaik untuk mengamankan negara...

Niena Muhammad berkata...

blog anda best..xcaye?meh tgk sini
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/blog-yang-telah-dikaji-selidik-tadi.html

KinosKoko berkata...

ek? x paham la..politik2 ni memang memeningkan..

muhammadfathimarzuki berkata...

yup aq sokong pendapat ang bro.:)

MsKakashi berkata...

nak sangat ikut contoh luar negara yang tak elok 2...dah duk aman2 nak wat kecoh..mereka2 yang berkepntgn nie tgk la nati kl negara xaman...mau angkut anak beranak lari luar negara...yang terkinja-kinja duk tunjuk perasaan tu..kalau kene tangkap or mati..ingt dieorang nk support fmly korang ke?fikir la sblm wat ape2..