
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal. Terapinya adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit dan jangan tinggal solat 5 waktu. InsyaAllah, dengan cara ini, kaum lelaki mampu mengelak daripada berdepan dengan masalah mati pucuk.
Kepada kaum2 lelaki, lepas ni jangan pulak rajin solat sebab niat nak elak mati pucuk sudahlaa, tapi niatlah kerana Allah okay. Kepada yang malas2 solat tu, kalau takmau mati pucuk, jangan malas2 solat okay, HAHA..