Bekerjaya atau menjadi suri rumah tangga??? Jika di zaman nenek dan datuk kita, kita dapati para lelaki lebih suka jika isteri mereka menjadi suri rumah tangga. Tetapi itu pada zaman tersebut, dan bagaimana pula dengan zaman hari ini? Apakah para lelaki masih mendambakan sang isteri sebagai suri rumah tangga sepenuh masa ataupun sebaliknya? Untuk mendapatkan jawapan, seperti biasa, saya telah menjalankan sedikit soal selidik terhadap teruna2 moden di laman sosial Facebook. Berikut adalah pandangan 10 jejaka zaman kini tentang pilihan pasangan hidup mereka sama ada bekerjaya ataupun tidak. Jom layaaaaannnnnnnnnn!!!
"Mesti la nak isteri yang bekerjaya. Alasannya, kalau aku kaya raya boleh tanggung semua xpe la tapi zaman sekarang ni susah la kalau sorang je yang kerja.."
WAN AHMAD FARIS, Kelantan
"Aku lebih suka kalau isteri aku jadi suri rumah sebab kalau yang bekerjaya nie, sama2 kerja. Bila balik kerja je, mesti masing2 letih punya. Hubungan suami isteri akan renggang. Hubungan dengan anak2 pun akan renggang."
AHMAD ALIFF, Penang
"Aku lebih prefer yang bekerjayala. Suri rumah tuh kalaw gaji aku banyakla. Tapi kalaw x banyak aku suruh dia kerja gak."
AFIQ KAZUYA, Penang
"Nak yang bekerjala.. dapat support family. Dapat tambah sumber pendapatan. At least dia boleh bantu aku kalau aku ada masalah kewangan nanti."
AFIZUL AHMAD, Selangor
"Yang bekerjaya kot, tapi kalau aku kaya aku suruh dia duduk rumah jela tapi kalau gaji aku ala kadar je, dia pun kena kerja la."
AZRIN ZAINUDDIN, Perak
"Aku nak kahwin dengan perempuan yang belajaq tinggi2. Kalau isteri aku dah belajaq tinggi2, tak berbaloila kalau dia jadi suri rumah kan? Aku nak dia kerja sebab nanti dia boleh bantu aku."
KHAIRUL EKMAL, Penang
"Suri rumahla sebab dapat jaga anak2 and keperluan aku."
SAFWAN ZAINAL, Melaka
"SURI RUMAH sebab jimat duit tak payah ambil orang gaji sebab pakai orang gaji ni berisiko tinggi. Tapi calon isteri aku tu nanti kena pandai masak, pandai menjahit, pandai mengemas rumah and lain2 lagila. Lagipun, suri rumah ni, nanti boleh dapat pahala sebab jadi isteri solehah bekerja di rumah untuk suami dan anak2."
ZAIRUL HELMI, Penang
"Kerja lah bagus lagipon kalau sorang je yang kerja, mana mampu walapun gaji 3-4k. Barang makin hari makin mahal. Kalau dua2 kerja, sorang boleh bayar bil, kereta dan apa2 lagila dan yang sorang lagi pulak boleh belanja makan."
FAIZAL DZAL
"Suri rumah kerana kalau wanita itu seharusnya dirumah supaya bisa merawat anak2 dan suami. Itu sudah jadi undang2 dan adat bekeluarga di Indonesia."
STEFAHMIEND TOBING, Indonesia
Berdasarkan komen2 mereka dan beberapa lagi jejaka yang tidak aku muatkan dalam blog ini, ternyata sang jejaka pada hari ini masih suka isteri mereka menjadi suri rumah tapi akibat kos kehidupan yang semakin tinggi dan meningkat ini memaksa mereka untuk mencari isteri yang bekerjaya.
Tetapi jika ditanya aku, aku lebih suka yang bekerjaya kerana bagi aku, wanita yang bekerjaya ini lebih berdikari dan otak mereka berkembang. Sedikit sebanyak wanita yang bekerjaya ini mampu untuk membantu suami dari sudut kewangan. Tapi apa yang lebih penting, sekurang kurangnya, jika terjadi perkara buruk kepada suami mereka contohnya lumpuh atau meninggal dunia, wanita yang bekerjaya ini tidak akan kekok untuk mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga kerena mereka memang sudah sedia berdikari mencari nafkah sendiri ketika suami mereka masih sihat. Selain itu, wanita yang bekerjaya ini juga selalunya lebih kreatif dari segi idea kerana mereka bergaul dan berhadapan dengan pelbagai orang dan situasi. Tidak seperti suri rumah yang hanya terperap di rumah dan akan menjadi masalah kepada mereka jika sesuatu musibah menimpa suami mereka. Apa2 pun, itu hanya pendapat aku. Bagaimana pula dengan pendapat anda???