Hari ni aku nak promote sikit kawasan rekreasi yang berhampiran dengan rumah aku. Kawasan rekreasi tersebut ialah Tasik Mengkuang atau lebih mesra di kalangan penduduk tempatan dengan panggilan Mengkuang Dam. Tasik Mengkuang ni secara rasminya dibuka pada 14 Disember 1985 oleh Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang ketika itu. Tasik Mengkuang terletak di pesisir bandar Bukit Mertajam. Actually, Tasik Mengkuang ini juga turut berfungsi sebagai kawasan tadahan air di mana ia di bawah kendalian Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.
Di Tasik Mengkuang ni, macam2 aktiviti yang boleh dilakukan seperti Jogging, Hiking, Kayaking, main badminton, bagi makan ikan dan juga menjadi tumpuan pasangan2 penganting untuk posing and tangkap gambar kat situ. Selain tu, Tasik Mengkuang juga pernah menjadi tempat berlangsungnya “Penang International Dragon Boat Festivals” di mana time ni memang ramailah pengunjung2 luar negara yang datang. Kalau ditanya apa yang aku selalu buat kalau berkunjung ke tasik mengkuang ni, aku selalunya Jogging dan bagi ikan makan(aktiviti wajib).. Sumpah memang geram gila tengok banyak ikan2 yang besar dan kecik yang dok berenang kat tepi tasik tu.. Rasa macam nak tangkap jer tapi tak boleh sebab sebarang penangkapan ikan di tasik tersebut diharamkan.
Seawal 6 pagi lagi, memang sudah ramai orang yang datang ke Tasik Mengkuang ni untuk exercise dan jogging. Di Tasik Mengkuang ini juga merupakan tumpuan pelbagai kaum yang selalunya datang berkeluarga. Tapi boleh dikatakan majority pengunjung adalah berbangsa Cina, dan kedua baru Melayu, dan ketiga adalah India.. Biasala tu kan, orang cina memang prihatin bab2 penjagaan kesihatan ni. Tapi ingat, ampa jangan pulak mai tasik ni time malam sebab Tasik Mengkuang akan ditutup pada waktu malam dan untuk masuk ke tasik ni tidak dikenakan sebarang bayaran. So, selamat datang ke Tasik Mengkuang dan nikmatilah pemandangan yang memukau di sana. Tak percaya? Jom kita usha sikit beberapa gambar yang aku tangkap kat sana.

Ni la laluan khas yang disediakan untuk berjogging..

Ni pemandangan sebahagian daripada Tasik Mengkuang

Ni kawasan parking.. Memang luas kawasan parking dia..

Kalau ampa nak tau, kat pesisir tasik ni, memang banyak sangat2 ikan.. geram2, HAHA

Lawa tak? lawa kan? kan? HAHA

sini kawasan tumpuan family untuk beriadah..

Time ni dah nak maghrib.. Tasik Mengkuang dah nak tutup..

Ni kawan aku.. dia dok tengah bagi ikan makan.. ;)