Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 2014. Yeah! Hari ni
dah 1 Januari 2014. Selamat Tahun Baru! Alhamdulillah bersyukur ke hadrat
Illahi kerana kita masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan matlamat kita
untuk hidup. Sebenarnya, aku tak paham kenapa bila menjelang tahun baru, semua
bergembira sakan menyambut perayaan tahun baru walhal bila tahun bertambah
tahun, usia kita akan meningkat dan kita makin tua. Bukan itu je, cabaran dan
dugaan hidup juga akan lebih mencabar. Dulu time kanak2, kita hanya main dan
main. Bila masuk zaman sekolah dan universiti, dah mula stress dengan belajar itu
dan ini. Tapi sebaik sahaja dah grad belajar, mulala stress nak cari kerja yang
sesuai, nak simpan duit untuk kahwin, nak beli kereta idaman. Then bila dah
kahwin pulak, lagi banyak stress sebab nak kena fikir tentang isteri, anak,
rumah dan perbelanjaan itu dan ini yang boleh buatkan kepala kita botak sebab
kusut macam2 nak kena fikir.
Kalau nak sambut tahun baru, tak salah tapi berpada padalah.
Jangan terlalu over excited sebab orang tua2 dulu pesan, kalau terlalu gembira
sangat, nanti akan menangis dan sedih. Jangan kerana nak sambut tahun baru
punya pasai, kita masuk lokap sebab merempit. Jangan kerana nak sambut tahun
baru punya pasai, habis dara ditebuk. Jangan kerana nak sambut tahun baru punya
pasai, akidah agama tergadai. Apa yang penting untuk kita sambut tahun baru
ialah semangat kita untuk berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kalau
dulu kita biasa2 je, tapi tahun ini kita jadi yang lebih hebat. Ataupun mungkin
dulu kita hebat, tapi tahun ni kita jadi super hebat. Hebat dari segi ibadat,
attitude, kerjaya, dan serba serbi yang menjurus kepada kebaikan.
Semoga harapan kita pada tahun 2014 yang pastinya tahun yang
mencabar ini akan menguntumkan senyuman di pengakhirannya. Eh terasa penulisan
aku kali ni makin matang, hohoho.. SELAMAT TAHUN BARU 2014!
Psssttttttttt : Sempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun
2014 ni, MySuaraBlog pon nak jadikan tahun 2014 sebagai tahun melawat
MySuaraBlog jugakla.. Yeah! Aku akan kembali aktif blogging pada tahun ni sejak
6 bulan aku tak update blog, hohoho.
11 ulasan:
hepi new year 2014
selamat tahun baru 2014
lama gila tak dengar cerita ko. mohon update :)
selamat tahun baru 2014 dan selmt beraktif kembali.. in syaa Allah ayie pon mula nak aktif blik nir.. hrhr
Mya : Happy New Year to you too
WAI : Oriteeee.. haha
Azrin : Jom aktif blogging balik.. kembalikan kemeriahan dunia blog.. hihi
Yup.. semoga tahun nie lebih baik dari tahun sebelumnya.. :)
Aniq : In Shaa Allah.. amin.
berstyle dah dia mengarang skrg hehe...ingat tak nak update blog da :P
btw happy new year abg zwan^^
bagus2, welcome home..
Selamat tahun baru. Baguslah kalau anak muda sekarang jangn hanya fikir nk seronok je sedangkan terlalu banyak dan besar tanggungjawab kita.. gud job, nice entri. datang singgah selalu ye, thanks
Selamat tahun baru. Semoga tahun 2014 lebih giat menulis lagi.
selamat tahun baru 2014
p/s : Drama Dee tu tayang kat astro ceria hehehe
salam tahun baru yer.. :D
Catat Ulasan