Pages

Isnin, 29 Julai 2013

Jom Boikot Filem The New Village




Hai. Assalammualaikum, salam ramadhan dan salam satu dunia. Fuhhh! Dah 3 bulan tak update blog. Rasa macam kekok pulak nak taip, HEHE. Okay berbalik kepada tajuk entry ni iaitu “Jom Boikot Filem The New Viilage”, filem ini sebenarnya sebuah filem yang dilakonkan oleh orang Malaysia, diarahkan oleh orang Malaysia dan lokasi lakonan juga di Malaysia. Kenapa filem ini perlu diboikot? Filem ini perlu diboikot bukan kerana semua pelakonnya berbangsa cina tetapi disebabkan filem ini jelas mengangkat komunis sebagai hero dalam kemerdekaan negara.



Filem The New Village jelas tidak menghormati sensiviti masyarakat majmuk di Malaysia kerana menganggungkan pejuang komunis walhal askar komunis pada suatu ketika dahulu pernah diishtiharkan sebagai musuh utama negara tapi tup tup hari ini filem ini pulak menunjukkan bahawa komunis itu hero negara. Ini jelas bertentangan dengan fakta sejarah. Apa dah jadi dengan FINAS yang telah meluluskan filem ini untuk ditayangkan di pawagam?



Seperkara lagi yang aku tak paham, apa yang cuba  nak disampaikan oleh pengarah filem itu sebenarnya? Dalam PRU13, kaum cina jelas menolak kerajaan Malaysia yang sedia ada dengan mengatakan bahawa kerajaan itu zalim. Tapi tak sedarkah mereka jika komunis yang mereka agungkan itu membentuk sistem pemerintahan negara kita pada hari ini, mereka jelas tidak akan meraih status sebagai bangsa atau kaum paling kaya di Malaysia kerana konsep komunis itu sendiri ialah kesamarataan. Semuanya adalah milik kerajaan dan kerajaan berhak untuk bertindak keatas harta mereka. Tidakkah kerajaan Komunis itu lebih zalim? Fikir guna kepala otak bukan guna kepala lutut.. Fikir2kanlah..





Pssssssstttt: Sekarang dah 10 malam terakhir ramadhan, ayuh kaum muslimin danmuslimat kita bukak gear lima pecut kaut segala sisa baki yang masih tinggal..

6 ulasan:

Admin berkata...

cite pasal kg baru cina kan ni..selamat berpuasa zwan

firohar berkata...

tu la pasal..diorg tak faham tntg sejarah ni..harap suatu hari nti diorg akan faham jugak...

iKhRam berkata...

jujurkan..
memang takkan tonton la filem mcm mi..
apatah lg mmg sengaja memesongkan pegangan patriotik kita..

skrg ni kepincangan kaum mmg sengaja diadakan.. dan peranan kita, tetap sama.. percaya kepada bangsa kita sendiri dan hormati orang lain.

selamat hari raya
maaf zahir batin

Eiqa Almond berkata...

oooo, baru ku tahu kenapa kena boikot, pelik jugak mula2x td tuu.. >,<

PemilikCahaya berkata...

Salam zwan,
jom kita reramai tonton Tanda Putera yer

Unknown berkata...

ni filem konon2 nk lawan Tanda Putera la ni... ade je dorng ni..