Pages

Jumaat, 23 November 2012

Istanbul Aku Datang





Istanbul Aku Datang merupakan sebuah filem tempatan arahan Bernard Chauly yang dibintangi oleh Lisa Surihani, Tomok, Beto Kusyairy dan Aizat AF. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 8 November 2012. Sepanjang 2 minggu pertama tayangan, filem ini telah berjaya mengaut RM3.2 juta. Pengambaran filem ini 100% dilakukan di Istanbul,Turki. 


Lakonan mantap yang ditampilkan oleh Lisa Surihani membuatkan para penonton sedikit terlupa bahawa Lisa sudah pun bergelar isteri orang. Tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa Lisa lah faktor utama yang menampakkan filem ini begitu sweet and lain daripada biasa.Yeah! Filem ni memang sweet.. Memang best jalan cerita dia.. Cuma watak Tomok yang ditampilkan sebagai hero agak kurang sesuai. Apa2 pun, filem ni merupakan sebuah filem yang wajib ditonton.. So, aku bagi 4 bintang untuk Istanbul Aku Datang. 




Psssssstttttttttt : Beberapa hari lepas, result UPSR dah pon keluar, so, Tahniah kepada adik2 yang berjaya and yang kurang berjaya, takpa, ini baru permulaan ada banyak lagi peluang..Good Luck! :)

17 ulasan:

Anum berkata...

terbaik

- berkata...

memang best pun..sangat sweet jalan citernya..xdelah cintan cintun..

BTS berkata...

insyaalah akan ke Instanbul jan ni

hawiz berkata...

besr sgt..

iAmCekbolat berkata...

lisa dan beto yg tampak gah .
tomok ? patung hiasan mgkin . haha

RIAN berkata...

teringin nak tengok. tp syg duit. XD

Miss Butterfly berkata...

eyda sedihh zwan x ajak eyda tengok . arrrrrrr >_<

Luqman Zakaria berkata...

seriously aku mmg suke citer nih..heheh..walau pon tgk sorang2...hehe

Unknown berkata...

tengok kot astro 1st jer kot

FADZ berkata...

cerita ni tak dinafikan sweet dan kelakar. lisa dalam cita ni sangat sweet dan cumil.haha..

tapi seolah-olah cerita nih selamba ajer perempuan tinggal dengan lelaki yang bukan mahram.

dan bila lisa tah tahu kenapa tak manis bila perempuan tinggal ngan lelaki seolah-olah cerita ni tiada nilai-nilai islam.

no wonder lah sebab director pun bernard chaudly kan??haha..

maaf terkomen banyak plak..

Dhiya Fariza berkata...

teringin sangat nak tgk :( cuti winter dhiya pergi istanbul :D

PemilikCahaya berkata...

tak sempat lg nak tonton..tp persepsi pertama yg keluar bila tahu tomok belakon..eh xde org lain ke??

Nilam suhana berkata...

belum sempat pergi menonton lah...huhuhu

efa berkata...

xsempat gi tgk lg nnti nk gi tgk la semua ckp best hehe

Aien Not Alien berkata...

sweet kan? dari mula sampai habis tak terasa bosan pun, cuma part tomok je...tak bosan tapi kelakar. haha.

As Yusra berkata...

lisa sangat comel dalam cite neh.! (^^,)v

LURZAN TAZA LIMAJ berkata...


aku rasa mcm bangga sket pasai tomok pakai nama aku hakhakhak !!!!