Sayang sungguh Allah kepada hamba2Nya.. Setiap apa yang diperintahkan oleh Allah pasti ada kebaikan untuk hamba2Nya.. Walaupun macam tu, majoriti daripada kita termasuk diri aku sekali yang masih tak tau nak menghargai kasih sayang yang Allah bagi.. Kita selalu pandang mudah je soal solat ni.. Kadang2 tu, nak cepat je kita solat sampai surah2 yang dibaca pun lintang pukang and lepas solat tu terus bangun tanpa memohon doa kepada Allah..
Sesungguhnya kita amat rugi kalau kita tak memohon doa selepas solat. Ini jelas dibuktikan dengan kajian saintifik apabila sebuah kajian di Universiti Rochester New York di Amerika Syarikat mendapati bahawa mereka yang banyak berdoa dan bermeditasi mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dan panjang umur. Menurut penganalisis jantung dari Sekolah Perubatan Harvard iaitu Dr. Herbert Benson , menjelaskan bahawa seseorang akan menjadi lebih rileks ketika berdoa kerana ia menurunkan metabolisme, melambatkan denyutan jantung dan membuatkan nafas menjadi lebih teratur.
Menurut Dr. Herbert lagi, melakukan aktiviti spiritual pada setiap hari membantu mengaktifkan gen yang mempercepatkan kematian sel dan keradangan. Sebenarnya, fikiran akan mempengaruhi ekspresi gen seseorang dan ini adalah bukti bagaimana doa mampu mempengaruhi fungsi tubuh badan pada tahap optimum. Kajian yang lain juga merumuskan bahawa berdoa dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan sekali gus menghindari diri kita daripada kekerapan mendapat penyakit. So, lepas ni, jangan tinggal solat lagi taw! And lepas solat, jangan lupa berDOA taw! Pesanan ini ditujukan kepada ampa semua dan juga diri aku yang hina ini.. Selamat beramal!

Pssssttttttttt : Semalam ramai yang marah2 kat facebook sebab bunyi mercun yang diraikan oleh masyarakat cina. Tapi bagi aku, tak perlula nak marah2 sebab inilah dinamakan keunikan budaya Malaysia.. Lebih baik bunyi mercun daripada bunyi Bom, Machine Gun, dan sewaktu dengannya kan? kan? HUHU..