
Aiseyh, lama gila rasanya tak update blog. Sebelum ni agak sibuk dengan macam2 kerja yang nak kena buat di UiTM. Sekarang ni baru rasa free sikit sebab dah cuti semester. Okay, sekarang aku nak review sikit mengenai filem ”ROOMMATE”. Actually filem inilah yang menjadi pilihan kami semua (aku, fiza, farhana, zaty, azza, cek own and zyrol) sebagai filem terakhir untuk ditonton bersama di Sungai Petani, Kedah ni. Almaklumlah, kami semua kan dah final year student and sekarang kami semua dah selesai menjawab semua soalan exam. Dan lepas ni semua orang akan mejalani kehidupan masing2 dengan pelbagai haluan and mungkin tak akan jumpa lagi, HUHU.
Okay2, back to our film which is ”ROOMMATE”. Actually, mula2 kami ingatkan ini filem cerita hantu di asrama tetapi rupa2nya sangkaan kami semua meleset sama sekali. Dari mula sampaila berakhirnya tayangan filem tersebut, bayang2 hantu langsung tak kelihatan. Punah harapan kami semua untuk menjerit histeria di dalam panggung, HAHA. Filem ni sebenarnya berkisarkan mengenai seorang pelajar perempuan yang baru mendaftar masuk ke sebuah kolej dan menginap di dalam asrama kolej tersebut serta berkongsi bilik dengan seorang roommate yang mempunyai masalah mental. Jalan cerita dia agak membosankan. Rasanya tiada satu pun elemen2 dalam filem tersebut yang mampu membuatkan aku kata, WOW! Apa2 pun, aku bagi 2 bintang kat filem ni.