Namun persoalannya, apakah sambutan tahun baru ini dihiasi dengan sambutan yang penuh beradab dan sopan? Jawapannya, YA! Kerana masih ada segelintir lagi masyarakat Malaysia yang menyambut ketibaan tahun baru ini dengan aktiviti2 yang mulia dan berfaedah seperti mengadakan solat hajat, kenduri kesyukuran, majlis khatam al-quran dan sebagainya.
TETAPI bilangan yang berperilaku seperti itu hanya boleh dibilang dengan jari kerana realitinya kini masyarakat Malaysia yang bertunjangkan adat ketimuran ini sudah jelas semakin hilang identiti dan jati diri. Segala apa yang datang dari Barat dianggap sesuatu yang baik, lantas dilaksanakan dengan penuh bangga. Budaya hedonisme disanjung dengan begitu tinggi. Segala adab dan kesopanan dalam masyarakat dilupakan dan dipinggirkan. Maka wujudlah aktiviti2 mengawan pada malam tahun baru dan akibatnya pada bulan September 2011 kelak Malaysia bakal digemparkan dengan berita2 pembuangan bayi yang melampau di dada2 akhbar mahupun televisyen.
Justeru itu, sekiranya perkara seumpama ini terus berlaku, apakah mungkin masyarakat dan negara kita akan memperolaeh rahmat dan berkat daripada Allah SWT? Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-A’ruf ayat 96 yang bermaksud, “Sekiranya penduduk negeri itu bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah ruah beratnya dari langit dan bumi tetapi jika mereka mendustakan rasul Kami, lalu Kami tempatkan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan”. Jadi, sila tatap dan renungkan bersama2 firman Allah SWT tesebut.
Okaylah, sempena ketibaan 2011 yang bakal datang tak lama lagi ni, pasti ramai yang menanam azam baru itu dan ini tetapi masalahnya, apakah semua azam 2010 sudah tercapai? Pasti ada yang sudah tercapai dan tak kurang ramai juga yang masih tidak tercapai dalam azam 2010.. Sini aku ada beberapa individu yang aku dah temuramah depa di laman facebook untuk azam2 2010 depa yang still x kesampaian.. Jom Layaaaannnnnn…!
" Azam 2010 ka? erm, aku tak berjaya nak dapat 4 flat la.. Satu lagi, misi aku nak ada GF untuk tahun 2010 ni langsung tak tercapai.. Aku nak kena mandi bunga kot.. Manala nak taw nanti tahun 2011 ada GF.. HAHA" Zidel Zhafiz
" Rasanya semua azam Tyra untuk 2010 dah tercapaila.. Cuma satu jer yang tak berjaya iaitu Tyra nak belajar berenang untuk tahun 2010 tapi macam tak sempat jer nak blajar berenang.. Nampanya Tyra still kena guna pelampung lagi la kalau nak berenang" Athirah Najwa
" Hang nak publish pasai azam aku yang tak tercapai time 2010 kat blog hang ka? Kompem nanti blog hang meletop sebab post crita pasai aku, HAHA.. mula2, aku nak hangout ngan suma kawan2 sekelas kita time 2010 tapi nampak macam x brapa nak jadi jer.. Then, aku ingat nak cari cinta sejati time 2010 tapi macam x jumpa jer.. Last skali, tak berapa nak capai target la plak untuk aku punya diploma.. Tapi takpa, semua azam2 2010 yang tak tercapai ni bakal dianjakkan kepada azam 2011.." Hidayah
“aku nak jadi hodoh time 2010 tapi macam tak berjaya jer.. Tengok makin cute plak, HEHE” Zwan Sabri
Sila jangan muntah kat sini sebab kat dalam blog ni tak dak cleaner nak cuci muntah hangpa semua tuu.. :P