Pages

Rabu, 29 Februari 2012

Boleh Celebrate Setiap Tahun



Eh, ada siapa2 tak yang celebrate birthday hari ni? Kalau ada, Happy Birthday diucapkan, maaf zahir batin.. Errrrkkkkkk, HAHA.. btw, kepada yang celebrate apa2 saja la hari ni tak kira la ulangtahun perkahwinan ke, ulangtahun couple ka, ataupun ulangtahun bersunat, erkkkkkkk.. Selamat Menyelebrate ampa punya ulang tahun tu okay..



Macam mana celebration segala ulangtahun tu untuk tarikh 29/2 ni? Gempak atau Haprak? Ahaks! Orang kata tarikh ni unik sebab 4 tahun sekali.. Tapi lumrah manusia la kan, ada yang suka and ada yang tak suka. Tapi rasa2nya ramai yang tak suka celebrate 4 tahun sekali ni.. Yela, orang lain tiap2 tahun dapat wish and birthday present, tapi yang lahir 29/2 ni just dapat wish birthday and hadiah setiap 4 tahun sekali je. Kesiaaaannnnnn..



Hey! Siapa cakap orang yang lahir tarikh 29/2 ni boleh celebrate 4 tahun sekali je? Tiap2 tahun nak celebrate pon boleh maa.. Tak caya meyh? 29/2 ni kan tarikh masihi.. So, kalau nak celebrate setiap tahun, gunala tarikh kalendar Islam.. Contohnya, hari ni 29/2 dan hari ini jugak bersamaan 7 Rabiul Akhir. So, kepada baby2 yang baru lahir hari ni, depa kalau nak celebrate tiap2 tahun birthday depa, bolehla guna tarikh kalendar Islam ni iaitu sambut setiap 7 Rabiul Akhir..



Tapikan, tapikan, kalau celebrate guna kalendar Islam ni, cepatla ampa tua sebab dalam kalendar Islam, ia ada 354 hari tapi kalendar masihi ada 365 hari.. Apa2 pun ini cadangan aku je.. Kalau yang memang suka celebrate 4 tahun sekali, teruskan la celebrate pada 29/2.. Tapi bagi yang nak jugak celebrate tiap2 tahun, bolehla guna tarikh kalendar Islam ye.. Eh, tadi lupa nak bagi salam, Assalammualaikum dan Salam Satu Dunia!





Psssttttttttt : Nak ucap thanks sangat2 kat DANIEL ADIE sebab semalam dia ada buat entry pasai aku kat entry ni.. Sumpah rasa terharu sangat2.. Sheharu nieeyyyhhhhh... :p



Selasa, 28 Februari 2012

Awas! Penyakit Berjangkit Beri Kesan Kepada Otak



Nak tau tak, aku ada dapat satu info yang berkaitan dengan otak kita.. Sebenarnya, selain faktor genetik seseorang tu, penyakit yang jenis berjangkit ni jugak mampu memberi kesan kepada kekuatan otak kita sekali gus menjadi punca seseorang itu pandai ataupun kurang pandai.. Memang tak dinafikan bahawa kepandaian seseorang itu berdasarkan dia punya usaha tapi otak pun memainkan peranan jugak.. Kalau dia ada otak yang kuat, so dia akan dapat cepat catch up apa yang dia belajar.. Begitu jugakla dengan yang sebaliknya.. Kalau tak, takdakla kat pasaran ada jual makanan untuk memantapkan otak kannn.. :)



Para saintis dari Universiti New Mexico, Amerika Syarikat telah membuat analisis serta menemui bahawa pendedahan kepada penyakit berjangkit boleh memberi kesan kepada kekuatan otak seseorang. Perkara ini berlaku kerana manusia terutamanya kanak2 bergantung kepada aliran tenaga tersebut dan tahap kecerdikan boleh terjejas.



Berdasarkan petikan daripada majalah Scientific American, salah seorang penyelidik iaitu Christopher Eppig berkata, bukti menunjukkan bahawa ia adalah penyebab utama berlaku variasi kepandaian manusia di bumi. “Negeri2 di Amerika yang mempunyai purata lima bacaan IQ terendah mempunyai tahap jangkitan penyakit yang tertinggi berbanding negeri yang mempunyai purata lima bacaan IQ tertinggi manakala perhubungan mereka adalah baik.” Harapannya dengan hipotesis yang dikeluarkan oleh pasukan penyelidiknya sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai untuk meningkatkan tahap IQ seluruh dunia secara efisyen.



So nasihat daripada aku sendiri iaitu Dr. Zwan Sabri, hindarilah diri anda daripada terjebak dengan sebarang penyakit yang berjangkit.. Ingatlah otak yang tersayang! Ecececececeh, doktorla sangat kaaannnn... Doktor Syok Sendiri bolehlaaaa, HAHA..





Psssssttttttttttt : 2 hari lepas iaitu pada Ahad malam, aku adala pergi UpTown Bandar Perda.. Difahamkan selang beberapa minit lepas aku beredar dari tempat tu, terdapat satu kemalangan yang melibatkan 2 pelajar UiTM Penang kat situ.. Seorang disahkan telah meninggal dunia and seorang lagi ditahan di wad ICU.. Salam Takziah!



Sabtu, 25 Februari 2012

Myspace Dalam Kenangan



Seingat aku la kan, aku start bukak akaun Myspace time form 3 dulu.. Itu pun kawan aku yang tolong buatkan.. Thanks Kamarul Fitri Isa! Sebelum tu dia ada tanya aku, nak bukak akaun friendster ke Myspace? Tapi memandangkan time tu Myspace yang paling latest, so aku pilih Myspace jelah.. Kalau pilih Friendster, nanti orang kata tak up to date pulak, HEHE..



Bagi aku, Myspace lah yang banyak ajar aku bab2 copy paste ni.. Yela, bila nak pasang wallpaper lah, lagu lah, itu lah, ini lah, confirm nak kena copy code kat mana2 website then paste dekat ruangan myspace yang disediakan.. Disebabkan itu, lani aku dah jadi PengCopy Paste yang berjaya dalam bab2 buat assignment ni.. Oppss! Terkantoi sudeyh, HEHE... Selain tu, Myspace jugaklah pengaruh yang besar untuk aku create blog.. Disebabkan konsep Myspace and Blogspot yang lebih kurang sama je dalam bab2 wallpaper and copy paste ni, jadi terciptalah MySuaraBlog.Blogspot.Com atau dulunya dikenali sebagai MySuaraHati.Blogspot.Com..



Rindulah Myspace.. Dulu kat Myspace, setiap orang cuba sedaya upaya untuk design homepage depa agar kelihatan cantik dan menarik.. Almaklumlah, kat Myspace kita bebas nak design macam mana kita mau.. Nak letak gambaq kat atas ke, bawah ke, tepi ke, itu semua terpulang kat kita.. Sesetengah design tu, memang akan memukaulah mata2 yang memandang tapi ada banyak jugak design2 yang sakit mata kalau tengok, HAHA.. Satu lagi yang agak kelakar dengan Myspace ni sebab kita kena nyatakan orientation seks kita.. Siapa Gay, Siapa Lesbian, Siapa Biseksual and Siapa Straight, semuanya terbongkar, HAHA..



Rindulah Myspace.. Dulu kat Myspce, aku still ingat lagi budaya komen gambar.. Kalau kat dunia blog ni, kalau orang komen entry kita, selalunya orang tu mesti mengharapkan kita untuk komen entry dia balik dan ada yang tak malu tu akan terus terang, "saya dah komen entry awak, komen kat entry blog saya balik ye".. Macam tu jugakla konsep komen gambar kat Myspace.. Bila seseorang tu dah komen gambaq kita, selalunya dia mengharapkan kita untuk komen gambaq dia pulak.. “I dah komen pic you.. You komenla pulak pic I.. Thanks!”.. Dulu kat Myspace, gambar yang dapat banyak komen tu boleh dikatakan memang hebatla..



Rindulah Myspace.. Kalau kat Facebook, kita hanya boleh ada friends limit sehingga 5000 orang je tapi berbeza dengan Myspace di mana kat Myspace jumlah friends kita unlimited.. Pengguna Mypace yang ada friends puluhan ribu and ratusan ribu orang tu memang boleh dianggap Ohsem la.. And secara tak langsung lagak depa dah macam retis dah.. Retis Myspace, HEHE..



Rindulah Myspace.. Dulu kat Myspace, kat home page kita tu, kita boleh letak Top Friends kita.. Time tu memang macam terharu kalau ada siapa2 yang letak kita as Top Friends depa.. Adoi, tetiba rindu pulak dekat kawan2 kat Mypace dulu.. Mana la depa semua menghilang kann.. Rindulaa, HUHU.. Satu lagi, kalau Facebook famous dengan Mark Zuckerberg, Myspace pulak famous dengan TOM.. apa2 sikit mesti nama TOM yang keluar, HAHA..



Apa2 pun, banyak sebab kenapa Myspace semakin dilupakan.. Mungkin sebab Myspace ni agak berat kalau nak dibandingkan dengan Facebook.. Yela, orang lani nak ringkas and senang je.. Tak mau dah pening2 kepala nak pikir nak pasang wallpaper apa, lagu apa, nak design camna, HUHU.. Dulu Friendster and Myspace famous.. Tapi sejak Facebook and Twitter muncul, Friendster and Myspace dah semakin tenggelam.. Mungkinkah satu hari nanti Twitter and Facebook pulak yang akan terima nasib yang sama? Wait and See..




Pssssssstttttttt : Siapa yang still aktif dengan Myspace, bolehla add aku dekat Myspace ye.. http://www.myspace.com/zwan_penangsmartboyz



Jumaat, 24 Februari 2012

Ada Apa Dengan Jumaat




Hai guys.. Selamat hari jumaat.. Sebagai mana yang kita ketahui, hari jumaat merupakan hari yang cukup mulia untuk umat Islam.. Sempena hari ini hari jumaat, jom kita usha sikit kelebihan-kelebihan hari jumaat ni..



1. Ia mempunyai kemuliaan yang agung di sisi Allah..

2. Penghulu segala hari..

3. Penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah..

4. Berlakunya kiamat..

5. Nabi Adam diciptakan serta disingkirkan dai Syurga..

6. Hari Jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan pada hari2 yang lainnya, saat ijabah ini disamarkan..

7. Allah membebaskan 600,000 orang daripada seksaan apai neraka..

8. Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, terselamatlah dia untuk seksaan kubur ..

9. Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan jika memotong kuku pada hari jumaat..





Psssssttttttt : Tengah menghitung hari.. Seminggu je lagi.. Rumah kata pergi, UiTM kata mari.. HUHU.. :’(



Rabu, 22 Februari 2012

Fenomena Bila Result Exam Keluar




22/2/2012 ni tarikh yang sangat bermakna kepada semua pelajar degree UiTM seMalaysia sebab hari ni result final exam depa dah keluar. Seperti biasalah, adat la kan, ada yang dapat result hebat and ada yang dapat result yang kurang hebat. Ada yang sedih, ada yang gembira dan tak kurang jugak ada yang langsung tak rasa apa2, haha..



Macam biasalah, bila dah keluar result je, telefon bimbit tak akan berhenti henti dok bunyi rington and sms bertalu talu dok masuk.. Semuanya dengan motif,visi,dan misi yang sama iaitu iaitu nak tanya pasai result.. Tak kiralah result dia tu hebat ke tak, semuanya pakat nak taw result masing2..



Then, kat facebook pun penuh dengan status2 yang pasai result ni.. Tapi boleh dikatakan majoriti yang post status tu adalah dikalangan orang2 yang dapat result yang hebat je.. Btw, bagi yang bukan student UiTM, confirm akan terasa jugak bahang result student degree yang keluar pada hari ni. Yela, student UiTM kan paling ramai kat Malaysia ni..



Okaylah, kepada yang dapat result yang berstatus anugerah dekan, Syabas and Tahniah.. Ampa memang Ohsem! Bagi yang dapat biasa2 je macam aku ni, takpa sem depan kita pulun lagi naa.. Eh, nak tau result aku jugak ke? Tak payahla tau.. Tunggu result aku gempak, baru aku bagi tau satu dunia.. Yela, kalau result Gempak, baru kena PUJI.. Tapi kalau result Haprak, mesti kena KEJI punya... Selamat Hari Rabu..





Pssssstttttttt : Hari ni hari rabu.. Wayang murah.. Takdak sapa ke nak ajak aku keluar tengok wayang? HAHA



Selasa, 21 Februari 2012

Isu Anjing Dan Islam




Aku ada terbaca satu soalan dalam ruangan tanya pakar untuk bahagian “Anda Musykil Dr. Mashitah Jawab” dekat myMetro and aku tertarik dekat soalan ni..



SAYA ingin membuka perniagaan menjual makanan haiwan seperti kucing, anjing dan arnab, ubatan dan berkemungkinan menjual haiwan peliharaan atau tempat ‘grooming’ haiwan. Masalahnya, ia membabitkan anjing dan sebagai orang Islam, saya tahu anjing adalah najis mughallazah.
Apakah hukum menjual anjing dan makanannya kepada pelanggan? Apakah hukum anjing masuk dalam kedai? Bagaimanakah dengan proses menyamak, perlukan ia dilakukan di seluruh kedai atau mungkin bilik khas untuk anjing disediakan?
Selain itu, sekiranya ada anjing di dalam kedai saya, benarkah malaikat rahmat tidak akan masuk dalam kedai?

RIZAL
Teluk Bakong, Perak


-----------------------------------------------------------


Menjadi veterinar, membuka kedai haiwan, menyelenggara kebajikan dan keperluan haiwan serta menjual haiwan adalah harus sekalipun ia anjing. Anjing termasuk dalam haiwan yang membawa najis yang perlu disamak saja. Jika memegang anjing dan perkara yang berkaitan najisnya maka samaklah anggota dan diri saudara.
Sebaiknya, jika mampu, sediakan bilik khas untuk haiwan yang membawa najis ini.

Ini memudahkan saudara sendiri mengawal keadaan. Tidak ada kaitan malaikat rahmat tidak bersama saudara kerana anjing. Pekerjaan yang saudara lakukan ialah menjaga kebajikan makhluk lain.

Hukum fiqah menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan berkenaan. Sedangkan seorang pelacur yang memberi minum anjing yang kehausan diberi ganjaran syurga, Allah SWT akan merahmati hambanya yang menyayangi makhluk lain atas muka bumi ini.

DR. MASHITAH




Pssssssssttttttttt: Tetiba teringat kes Adira pegang anjing.. Bagi aku tak perlu la nk perbesarkan isu ni.. Pegang anjing itu bukannya berdosa macam pegang orang yang bukan mahram.. pegang anjing boleh samak tapi kalau pegang orang yang bukan mahram? sendiri mau ingatla kannn.. :)




Ahad, 19 Februari 2012

Jangka Hayat Boleh Diramal




Eh, nak tau tak? Sebenarnya kan, jangka hayat kita dah boleh diramal semenjak kita lahir lagi.. Ramalan jangka hayat ni bukan diramal oleh bomoh mak esah or bomoh cik siah ye tapi diramal berdasarkan kajian saintifik. Penemuan cara untuk mengetahui jangka hayat seseorang semenjak bayi lagi ini telah ditemui oleh saintis dari Universiti Glasgow dimana menurut saintis tersebut, jangka hayat seseorang itu boleh diramal sejak bayi lagi dengan melihat deoksiribonukleik (DNA) yang dikenali sebagai telomer.



Kajian tersebut menunjukkan, jika panjang telomer seseorang, usianya lebih panjang dan kematian seseorang itu pasti bersebab. Bagaimanapun jangka hayat itu akan jadi pendek jika seseorang itu merokok atau mengalami tekanan perasaan. Hurrmmm, so sila jauhi rokok and takmo tension2 ye, chill.. :)



Menurut ketua penyelidik, Prof. Pat Monaghan, keputusan kajian menunjukkan perkara yang berlaku dalam badan pada peringkat awal hidup seseorang sangat penting. Kajian yang dilakukan terhadap burung2 cakar di Australia mendapati burung yang memiliki telomer pendek akan mati selepas tujuh bulan ukuran dibuat manakala burung yang memiliki telomer lebih panjang dapat hidup sehingga sembilan tahun.



Apa2 pun, sesungguhnya ajal dan maut tetap di tangan tuhan.. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan kan.. Selamat Hari Ahad.. :)




Pssssstttttttt : tekejut tengok nuffnang td.. first time dpt BE.. Thanks cik Nuffnang..



Sabtu, 18 Februari 2012

Wajah Kacak Dan Cantik Tapi Single




Kalau dulu, orang yang tak dak rupa or tak berapa nak lawa ni, payah sungguh nak cari pasangan or nak bercouple tapi zaman lani aku tengok dah terbalik pulak.. Orang yang kacak and cantik pulak aku tengok asyik single mingle je.. Yang lagi kesian, ada yang single sampai ke tua pun ada.. Tengok kat facebook pun cukupla, ramai orang2 kacak and cantik ni asyik post status kat wall facebook dok mengeluh yang depa bosan dok hidup single sampai terpaksa promote diri sendiri, HAHA..



Pada pendapat aku, sebenarnya banyak sebab kenapa zaman lani orang yang kacak and cantik ni payah nak cari pasangan. Salah satunya mungkin tanggapan orang ramai bahawa nak couple dengan orang yang kacak and cantik ni nak kena hadapi risiko yang tinggi..Yela, orang kacak and cantik, confirmla ramai yang minat and confirmla ramai yang cuba nak ngorat and nak goda.. Sebab tula lani ramai yang tak mau couple dengan si kacak and si cantik sebab tak mau makan hati tengok pasangan asyik kena mengorat je..



Satu lagi yang aku rasa menyebabkan ramai orang kacak and cantik asyik single je sebab cinta yang depa dapat selalunya tak ikhlas. Selalunya orang yang nak bercinta dengan depa ni hanya disebabkan paras rupa bukan disebabkan kerana hati.. Sebab tula golongan si kacak and si cantik ni asyik single je lani sebab payah nak cari pasangan yang betul2 ikhlas cintakan depa.



Selain tu, punca lain jugak maybe disebabkan maintenance si kacak and si cantik ni agak tinggi.. Bagi si gadis yang nak bercouple dengan si kacak, alamatnya payahla si gadis tu nak mintak si kacak belikan itu atau belikan ini sebab banyak duit si kacak digunakan untuk maintainance diri si kacak tu sendiri.. Dan bagi si jejaka yang nak bercouple dengan si cantik, alamatnya habisla duit gaji si jejaka tu sebab nak kena tanggung maintainance diri si cantik.. So, as a result, takdak siapa yang nak couple dengan si kacak and si cantik.



Sebab terakhir ni, aku rasa memang salah si kacak and si cantik tu sendiri.. Yela,diri tu kan dah kacak and cantik, confirmla depa ni selalu dok jual mahal je.. Kalau nak ada pasangan pun, nak cari yang sama lawa je.. Barula nanti orang kata macam pinang di belah dua and sama cantik sama padan.. Kalau jumpa yang sama padan takpala tapi kalau tak jumpa, single sampai ke tua la jawabnya.. Eh, aku sebok pulak dok masok campur hal ehwal orang kacak and cantik yang dok single ni.. Aku yang single ni pulak apa kes? Errrrkkkkkkkk.. HAHA..






Psssstttttttt : Nak ucapkan terima kasih kat Kamarulzaman Elias sebab sudi jemput mai kenduri malam semalam.. Sumpah terasa macam VIP dengan layanan hang and family.. Kepada Hafiz and Eman, syok dapat jumpa ampa semalam and good luck utk first degree sem nak mai ni.. Kepada Zyrol n Aman, best dapat melalak ngan ampa semalam pukoi 2 pagi kat depan gurney plaza, HAHA..




Khamis, 16 Februari 2012

Makin Tua Makin Auumm!




Selama ni, kalau kita tengok pada keupayaan seksual kaum lelaki, boleh dikatakan semakin tua lelaki tu, maka semakin menurunlah keupayaan nafsu seksual depa. Tapi jangan terkejut sebab situasi ini berbeza dengan kaum wanita di mana semakin tua wanita tu, maka semakin tinggila nafsu dan kepuasan seksual depa.



Berdasarkan satu kajian yang baru2 ini disiarkan di American Journal of Medicine yang mandapati bahawa kaum wanita mencapai kepuasan seksual yang lebih tinggi setelah melepasi usia 40 tahun dan sesetengah wanita memperoleh keghairahan melalui aktiviti hubungan intim yang hangat dan tetap gembira biarpun aktiviti itu mula menurun. Dalam kajian itu juga, hampir seluruh responden yang mempunyai usia purata 67 tahun mengaku bahawa mereka masih terangsang, mempertahankan lubrikasi dan mencapai orgasma ketika bersama suami.



Aiseyh, pelik kan? Selama ni aku ingatkan semakin seseorang wanita tu menghampiri menopause, maka semakin menurun nafsu seksual depa.. Tapi nampaknya tanggapan aku salahla, HAHA.. Tapi kan, ada betoi jugak kajian tu.. Cuba tengok zaman lani, ramai je perempuan tua yang kahwin lelaki muda.. Contohnya, Rosnah Mat Aris.. Itu tak kira lagi golongan2 profesional or golongan2 mak datin yang semakin sebok dok cari anak ikan and gigolo untuk layan nafsu depa.. So, betoila kot kajian tu..



Dalam soal ni, aku rasa lelakilah yang patut dikesiankan sebab sebenarnya majoriti lelaki2 kat dunia ni dah menjadi mangsa nafsu golongan wanita.. Yela, cuba kita tengok, kaum wanita yang masih muda and bergetah, depa hanya target lelaki2 tua sebab depa tau lelaki2 tua ni majoritinya ada banyak duit and kewangan stabil and nafsu seks pun tak tinggi.. So, lelaki2 tua ni hanya jadi objek untuk puaskan nafsu wanita2 muda yang materialistik ni je. Then cuba kita tengok pulak, bila wanita tu dah tua, dia dah mula jadikan lelaki2 muda sebagai mangsa depa untuk puaskan nafsu seksual depa yang mula dok meningkat tu.. Akhirnya, hilanglah keterunaan lelaki2 muda ni di atas tangan wanita2 tua tu.. Jadi, lelakilah yang selalu jadi mangsa nafsu perempuan, HUHU.. Kepada kaum wanita, jangan jadikan kami kaum lelaki ni sebagai mangsa nafsu serakah ampa.. Errrkkkkkkkk... HEHE..



So, sebelum aku melalut panjang2 dan sebelum kat facebook ada page “Kami Wanita Seluruh Dunia Benci Zwan Sabri”, lebih baik aku chow dulu.. Chow Cin Cau... Bai.. ;)




Psssttttttt : Mula suka dengan lagu Be Mine daripada Tasha Manshahar.. Tapi lirik lagu tu macam tak kisah dimadukan walaupun lelaki tu dah berpunya.. Nampak sangat perempuan yang sebenarnya gatai, bukan laki yang gatai nak kawen lebih... *Lariikkkkkkkkkk, HEHE..




Selasa, 14 Februari 2012

Hari-Hari, Hari Cinta

Cakap soal 14 Februari, rasanya tak payah nak explain lebih lanjut pasai tarikh ni sebab semua orang dah tau kan.. 14/2 adalah hari valentine day ataupun hari kekasih yang disambut oleh penganut agama kristian dan kini dah menjadi satu budaya kepada semua pasangan kekasih tanpa mengira apa agama yang depa anut untuk sambut hari valentine day ni.



Bagi aku, kepada umat Islam, rasanya tak perlulah nak sambut hari valentine day ni.. Hari cinta sepatutnya diraikan pada setiap hari. Takkan 14/2 je yang cinta kot, hari lain hari benci ke? And kalau masih teringin jugak nak sambut hari cinta atau hari kekasih ni, tak boleh ke pilih tarikh lain? Kenapa tarikh 14/2 jugak yang still jadi pilihan? Sebenarnya, ada sebab kenapa umat Islam dilarang untuk sambut hari valentine day atau hari kekasih pada 14/2.. Cuba selidik balik sejarah kewujudan valentine day ni.



"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..



Kat bawah ni aku ada sertakan sebahagian status2 rakan facebook aku mengenai pandangan depa tentang valentine day ni.. O_o


















Psssttttttt : Untungla orang yang single macam aku.. tak perlu nak sambut valentine day sebab memang tak boleh sambut pun sebab takdak pasangan yang nak sambut bersama, HAHA..




Ahad, 12 Februari 2012

Tumbuh Ketumbit Akibat Mengintai




Time kecik2 dulu, kalau orang tu ada ketumbit je, confirm dia kena ejek kononnya ketumbit tu tumbuh disebabkan orang tu dok mengintai orang mandi, HAHA.. Kelakar kan? Aku time kecik2 dulu pun mind set aku memang macam tu.. Bila tengok orang yang ada ketumbit, dalam otak aku mesti syak dia intai orang mandi.. Mind set ampa pun macam tu jugak ke? HAHA



Tetiba teringat pulak aku time form 1 dulu.. Dulu aku duduk hostel and time tu memang famousla isu kena intai time mandi.. Modus operandi depa dulu kalau nak mengintai, depa letak cermin kat bawah pintu.. Nasib baiklah handphone or kamera tak dibenarkan bawak mai hostel.. Kalau tak, banyakla rakaman video 3gp pelajar mandi bogel kat internet, HAHA.. Disebabkan isu intai mengintai yang semakin menjadi ni, pelajar lelaki semua time tu diharamkan bawak mai cermin masuk hostel. Disebabkan isu tu jugaklah, aku bila nak mandi je kena pakai seluar pendek.. Tak feel langsungla bila mandi pakai seluar pendek.. Errrrrkkkkkkk.. HAHA..



Then, disebabkan isu tu jugaklah mind set aku dah berubah.. Aku dah tak percaya lagi bahawa orang yang tumbuh ketumbit ni sebab intai orang mandi. Time aku form 1 dulu tu, ramai je yang intai orang mandi tapi tak tumbuh ketumbit pun, HUHU.. Sumpah aku rasa macam bodoh pulak bila ada mind set macam tu, HAHA.. Jadi kepada ampa yang still ada mind set macam tu, sila buang jauh2 ye..



Sebenarnya, ketumbit ni tumbuh bukannya disebabkan intai orang mandi tapi disebabkan sejenis keradangan pada kelopak mata disebabkan oleh jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah. Ketumbit disebabkan kelenjar minyak yang terletak berhampiran kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang tersumbat biasanya dijangkiti bakteria seperti staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan sesuai untuk pembiakan bakteria.



Perunding Pakar Bedah Mata, Ketua Pusat Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court, Prof Dr Muhaya Mohamad berkata, ketumbit tidak berbahaya dan tidak menyebabkan mata menjadi buta. Anak yang sering mendapat ketumbit bukan bermakna dia kurang sihat. Sebenarnya ia cuma jangkitan kuman dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Selain itu ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain kerana ia berlaku disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit. So, takdak maknanya ketumbit nak tumbuh kalau intai orang mandi, HAHA..





psssstttt : Isu pergaduhan kat KFC I-City Shah Alam tu rasanya semua dah tau kan? So, kalau boleh hentikanlah daripada memperbesarkan isu ni sebab boleh gugat perpaduan kaum kat Malaysia ni.. Ketua Polis Negara pun dah bagi amaran.. :)




Sabtu, 11 Februari 2012

Tahniah SESAT

Entry aku kali ini lebih kepada nak mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kedah terutama sekali kepada pelajar2 Diploma Pentadbiran Awam UiTM Kedah yang telah menghasilkan pelbagai filem pendek dalam majlis yang telah dianjurkan oleh Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kedah sendiri iaitu Majlis “Pertandingan Video Kreatif 1 Malaysia”. Semua video2 kreatif yang dihasilkan oleh pelajar2 Diploma Pentadbiran Awam ini diadili oleh pengarah filem terkenal Malaysia iaitu Mamat Khalid.



Sebagai bekas pelajar Diploma Pentadbiran Awam, sumpah aku bangga weyh dengan satu lagi improvement yang telah dicapai oleh pelajar2 Diploma Pentadbiran Awam ni. Actually, aku sepatutnya buat entry ni pada minggu lepas sebab acara ni dah berlangsung minggu yang lalu, HAHA. Tapi takpalah, jom kita layan video kreatif yang telah memenangi anugerah Video Terbaik hasil lakonan dan penat lelah pelajar Diploma Pentadbiran Awam UiTM Kedah kumpulan KAM1104E iaitu SESAT "Selagi pintu taubat masih terbuka". Layaannnnnn...




Video ini mengisahkan tentang kisah hidup songsang dalam hubungan sejenis seorang pelajar lelaki. Ceritera seorang lelaki bernama Danny yang melalui fasa baru dalam hidupnya apabila memasuki alam universiti. Takdir menemukannya dengan seorang gadis bernama Julia yang baik dan prihatin. Pertemuan yang merungkai kisah silamnya..





Psssstttt : Tarikh 14/2 (valentine day) dah semakin dekat.. Ampa jangan buat video 3gp sendiri sudahlah ye.. HEHE



Jumaat, 10 Februari 2012

Benarkah Allah Berkuasa?



Kalau betul Allah itu berkuasa, kenapa Allah perlukan bantuan para malaikat untuk melaksanakan tugas untuk-Nya? Kenapa Allah tak lakukan semua tugasan tu sendiri? Allah tidak mampukah untuk lakukan semua tugasan itu dengan sendiri? Pernah tak ampa semua fikir soalan2 macam ni ataupun pernah diajukan soalan2 macam ni?



Okay, sekiranya persoalan ini wujud, cuba ampa tengok contoh ciptaan robot. Hari ini, kalau seorang saintis berjaya cipta sebuah robot yang mampu memahami segala arahan yang diberikan serta mematuhinya seratus peratus tanpa melakukan sebarang kesilapan mahupan kecuaian, saintis itu pasti akan dianugerahkan hadiah Nobel Istimewa kerana keilmuan serta kebijaksanaan dirinya.



Begitu jugalah dengan Allah iaitu apabila Allah mencipta malaikat yang taat serta melaksanakan kehendak-Nya tepat seperti apa yang diarahkan seratus peratus tanpa perasaan letih, jemu dan bosan secara berterusan, ini menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Nampak tak? Hanya yang berkuasa dan hebat sahaja yang mampu untuk mencipta sesuatu yang hebat.



Sebenarnya Allah tak perlukan sesiapa untuk membantunya. Dia mencipta makhluk-makhluk-Nya sebab Allah kan maha pencipta seta berkuasa bagi melakukan apa sahaja yang Dia mahu lakukan. Dalam surah al-Maidah ayat 17, Allah mengatakan, “Dia mencipta apa yang dikehendaki-Nya dan Allah berkuasa atas segala sesuatu”. Ciptaan Malaikat itu sebenarnya bukanlah menunjukkan Allah itu lemah sebab tak mampu nak buat semuanya dengan sendiri tapi sebenarnya dengan ciptaan Malaikat ini, ia akan menunjukkan kekuasaan serta kehebatan Allah..



Sebagai contoh lainnya, macam diri kita jugaklah.. Kalau kita dah kaya raya dan berkuasa, confirm kita nak ada ribuan pekerja yang akan menuruti segala perintah yang kita suruh. Dari sudut pandangan manusia yang tengok kita ada ramai pekerja yang sentiasa menjalankan perintah kita pasti akan mengagumi kita dan akan cakap kita ni hebat. Pernah tak orang akan cakap orang yang paling kaya dengan ribuan pekerja tu sebagai lemah? Sebab terpaksa bergantung dengan ribuan pekerja dia untuk terus berkuasa.. Tak pernah kan? kan? Macam tula jugak dengan Allah SWT.. Salam Jumaat..





Psssttttt : Aku baru buat skype.. so, sapa yang nk add aku tu, bolehlah cari screen name ZWANSABRI ye.. :)



Khamis, 9 Februari 2012

Posisi Yang Terbaik




Ni dalam kepada otak ampa mesti dok fikir posisi yang bukan bukan ni, HAHA.. Aku bukan nak cakap pasai posisi tuuutttttt tu, tapi aku nak cakap pasai posisi tidur yang terbaik,HEHE.. Okay, kalau ampa tidur la kan, posisi tidur yang macam mana yang ampa suka? Meniarap? Terlentang? Mengiring ke kiri? Atau mengiring ke kanan?



Kalau ampa pilih TIDUR MENIARAP, sebenarnya posisi tidur ini tak berapa baik sebab bila ampa tidor meniarap, ampa akan rasa sesak nafas dalam tempoh yang singkat sebab tulang belakang yang terletak di atas akan menghalang otot2 dada berkembang semasa menyedut dan menarik nafas. Keberangkalian untuk ampa sakit leher, berasa senak perut dan sakit2 seluruh badan juga adalah tinggi. Apa yang membimbangkan, posisi tidur ni jugak boleh menyebabkan kegagalan paru2 dan otak disebabkan kekurangan oksigen.



Kalau ampa pilih TIDUR TERLENTANG, posisi tidur ini juga tak baik untuk diamalkan sebab bila ampa tidur terlentang, sebenarnya mulut akan terbuka sebab otot rahang sebelah bawah merenggang. Ini akan menyebabkan udara yang disedut ke paru2 adalah dari mulut dan bukannya dari hidung. Bila situasi ini berlaku, ia agak bahaya kepada paru2 kita sebab udara yang disedut melalui mulut tidak ditapis. Udara yang disedut melalui hidunglah yang terbaik sebab bulu2 hidung dan kelenjar2 mukus berfungsi sebagai penapis serta pelembab udara sebelum ia masuk ke dalam paru2. Bahaagian dalam hidung juga dipenuhi dengan saluran darah yang berfungsi untuk memanaskan udara yang sejuk agar udara tersebut sesuai dengan suhu badan. So, bila kita tidur terlentang, udara yang tak bertapis akan masuk melalui mulut dan ini akan menyebabkan diri ampa mudah terdedah kepada sakit tekak, batuk, serta jangkitan kuman pada paru2.. Selain itu, potensi untuk ampa berdengkur jugak adalah tinggi.



Kalau ampa pilih TIDUR MENGIRING KE SEBELAH KIRI, posisi tidur ini tak digalakkan sebab jantung akan ditindih oleh paru2 kanan yang saiznya lebih besar berbanding paru2 sebelah kiri. Ini agak berbahaya terutamanya kepada yang menghidap penyakit jantung sebab situasi ini akan melemahkan denyutan jantung. Selain itu, pergerakan makanan dari perut ke usus kecil mengambil masa lima hingga lapan jam jika kita tidur mengiring ke sebelah kiri tapi tempohnya akan hanya diambil lima jam setengah (tempoh maksimum) jika kita tidur mengiring sebelah kanan.



Kalau ampa pilih TIDUR MENGIRING KE SEBELAH KANAN, Ini adalah pilihan posisi yang terbaik untuk ampa tidur sepanjang malam sebab cara ini akan mempercepatkan pencernaan, mengurangkan tekanan mekanikal ke atas jantung dan juga menapis serta melembabkan udara yang masuk ke dalam paru2. Posisi tidur ini juga adalah amalan yang selalu diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jadi, tidur mengiring ke sebelah kanan adalah posisi yang terbaik kerana kita bukan saja dapat menjamin kesihatan yang lebih baik bahkan kita jugak akan mendapat pahala sebab mengikut sunnah Rasulullah.. Selamat Beramal..





Psssttttttttt : Sorry sebab seminggu aku tak update and tak blogwalking disebabkan internet connection problem.. HUHU



Khamis, 2 Februari 2012

Kaitan Wall Facebook Dengan Yahudi



Assalammualaikum dan Salam satu dunia. Kat sini confirm semua orang ada facebook kan? Kat Malaysia saja, hampir separuh rakyat Malaysia ada facebook iaitu kini mencatatkan seramai 12,267,720 pemegang akaun facebook dan sekali gus menjadikan Malaysia negara ke-17 paling ramai yang menggunakan akaun facebook di dunia dan Malaysia di tangga ke-5 untuk negara Asia.



Dan apabila kita bercakap pasai Wall facebook, pastinya semua orang tau kan? Okay, Wall itu dalam bahasa inggeris dan dalam bahasa melayu wall itu bermaksud dinding. Siapa pengasas facebook? Pastinya Mark Zuckerberg.. Apa bangsa dia? Semestinya Yahudi. Nak tahu tak apa pentingnya dinding kepada orang Yahudi?



Kalau ampa semua nak tau, dinding adalah tempat di mana bangsa Yahudi ini meratap, menangis tentang dosa2 mereka, dan meluahkan harapan dan segala ketidakpuasan hati. Jadi, tidakkah sama perbuatan kita pada hari ini dengan bangsa Yahudi di mana ramai di kalangan kita yang suka meluahkan macam2 perasaan dekat wall facebook.



Jadi, mulai hari ini, marilah kita sama2 berhenti untuk jadikan wall facebook sebagai tempat untuk meluahkan segala perasaan kita tapi kita jadikan wall facebook sebagai tempat kita menyebarkan ilmu2 serta info yang berguna selain kita juga boleh gunakan wall facebook sebagai tempat untuk berdakwah.



hadith Rasulullah saw, yang berbunyi:

" من تشبه بقوم فهو منهم "

Yang ertinya: “Barang siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari kaum itu”.


Segala sumber ini aku ambik daripada encek Ma’ar Rahman.




Psssstttttt : Semalam aku tengok filem Sumpahan Kum Kum kat Queensbay Mall,Penang.. Not bad la filem ni and aku bagi 3.5 bintang.. :)